Tuesday, December 29, 2009

Nukilan Untuk Wanita

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yangfasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya..
Kerana Allah teramat mencintainya

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seseorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi..

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah diatas kesempatan yang Allah beri..

.." Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika
kita rasa berdosa melakukannya"...
(Imam Ghazali)

No comments:

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...