Perkembangan
diri manusia ini ialah kita akan mula mengembangkan EQ kita pada usia 3
tahun. Itu sebab anda akan melihat pada usia ini anak sudah mula boleh
bermain bersama dan mula mahu membina skil bergaul (interpersonal)
mereka. Mereka mula menyedari orang lain ada perasaan. Bukan Ibu
mengatakan sebelum ini tidak, namun secara biasanya dan selalunya, pada
usia ini anak mula membina EQ mereka.
Berkait
juga kerana pada usia ini otak tengah iaitu mamalian brain di mana
memori tersimpan, mula berkembang. Itu juga sebab mengapa bila kita
ingat-ingat masa kecil kita, our first memory is of that age. Most of us
cannot remember consciously what happen to us before that.
Bila anak pada usia ini sering dimarah dipukul maka emosi yang paling
kuat terbina di dalam dirinya ialah kesedihan dan kemarahan. Emosi
seperti ini boleh membantutkan perkembangan EQnya.
Wujudnya EQ
yang sihat membolehkan individu itu boleh memahami perasaan orang lain
dan menjadi peka dan berbudi dan bersopan. Namun, bila EQnya terbantut,
itulah yang menjadikan anak itu hanya mahu apa yang dia mahu dan hanya
untuknya... kita suruh tak mahu mendengar - degil, suka mengamuk- buruk
perangai. dsb.
Lagi satu bila EQ terbantut, maka SQ pun
terbantut juga. SQ ialah berbuat baik (kind) kepada semua orang dan
semua ciptaan Allah termasuk diri sendiri. Memikirkan kebaikan bersama.
Namun, bila tiada SQ yang kuat, ini yang menjadikan sesaorang itu hanya
mementingkan diri sendiri.
(Mengaut keuntungan dan harta hanya
untuk diri sendiri. SQ bukan bermaksud berapa kuat orang itu beramal di
dalam agamanya. Jika dia ahli agama tapi hidupnya menyakiti orang lain
dan dia hanya mengaut keuntungan utk dirinya sehingga sanggup menukar
hukum agama hanya utk kepentingan dirinya, maka disitu SQnya juga belum
kuat).
Ramai sangat orang dewasa hari ini yang suka marah-marah
dan menghukum anak-anak kecil hari ini. Agaknya,adakah ini hanya jadi
begitu?? Sebenarnya, ini adalah segala tenaga tersimpan yang
terpendam...bagaimana mereka telah dilayan semasa mereka kecil memberi
kesan yang sangat besar.
Marilah sama-sama kita membesarkan
anak-anak kita dengan penuh sikap, skil dan ilmu yang betul, semoga
mereka membesar menjadi individu yang cemerlang.
Credit Prof. Dr. Rozieta Shaary
CERITA ANAK BRANAK. JAHIT MENJAHIT.. MEMBAWANG.. PENGALAMAN... KIRA NYA MEMANG CERITA PASAL KEHIDUPAN DAN HOBI MENJAHIT
Thursday, February 13, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hari Raya 2019
Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...
-
Kenapa air penting untuk manusia? 1. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda ...
-
Wanita sekalian Payudara gebu diraih, Payudara kecil diakui Penyelidikan dan statistik menunjukkan bahawa wanita dengan payudara y...
-
Salam ai readers semua ...moning-moning... Hari nie nak share pasal tempat lepak kami sefamly time memalam sambil skodeng sape yang lalu...