Tuesday, December 29, 2009

Nukilan Untuk Wanita

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yangfasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya..
Kerana Allah teramat mencintainya

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seseorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi..

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah diatas kesempatan yang Allah beri..

.." Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika
kita rasa berdosa melakukannya"...
(Imam Ghazali)

Tuesday, December 1, 2009

Selasa

kat opis ade buat cek darah untuk HIRMIS...
dah 28 tahun idup baru arini tahu darah jenis ape...
A+ degil.... dah paling syok hampir smua warga KWPKB darah A+....


Nak kongsi ngan smua yang sudi tatap blog ni...
smalam msg ngan kawan... so cite laaa ngan dia pasal betapa kecewa n sedih sangat
"kecewa becinta"...
so ini laaa dia nasihat nye...
nanti cube u pikir, apa yang jadi kat u tu, ada x benda yang lain, dari be4 and after jadi benda tu, x leh la pikir camtu je, lepas sembahyang ke, pikir tgok, bende lain apa yang da jadi kat u, selepas kejadian tu, pas tu kenape jadi, pas tu kalau benda tu tak jadi kat u, apa akan jadi kat u skarang ni... walaupun ayat cam penin-penin lalat..slame ni pun pikir jugak tapi tak laa sedalam ayat ni ....may byk benda yang tak pasan...
apa yang jadi mesti ade hikmah yang tebaik untuk kite kan... antara cepat @ lambat aje benda tu kite akan pasan...

Monday, November 2, 2009

WHITEWATER RAFTING

31/10/2009 (Sabtu)
sungai Kampar, Perak...
Whitewater rafting...

Sampai dah waktu yea melepaskan perasaan dengan gembira dan sonok sangat...
sonok yang tak terucap...best giler g tak menyesal g walaupun ilang kasut baru kat cne sebelh...enjoy sangat...
dari Putrajaya kul 9.00 pagi...time tu ujan renyai2 cuak gak kalau ujan mesti tunda kot... itu laaa angan2(ade doa de sebalik tu rahsia)...so kami lunch kat RNR tapah...ramai org kat cne....makan nasi sayo n ikan RM5.00 mahal giler...mesti mkn nanti tak larat nak mendayung...
sampai Gua tempurung kul 12.00 so sampai cne ambik gamba....tgk kat luar ajee... ramai budak skolah time tu...lepak kat cne sampai kul 1.30 solat pastu naik bas g tempat yang dituju..rerupa nyeee tempat nak water rafting tu kat kg area gua tempurung...
Sampai kat kem nomad tu dah nampak sungai besa giles...
so ketua kami ari tu en hafizi...dia terang ckit2 hal water rafting...yg tak best kene beli kasut...so beli laaa kasut RM10.00...kasut baru...kaki ayam tak boleh... sebab ayam aje boleh kaki ayam...itu hak ayam...
Naik lori untuk ke tempat bemula nye WR...rase cam lembu korban nak kene korban naik lori tu...sonok giles naik lori...
sampai aje tempat kejadian smua muka berupah perasaan...memacam perasaan yang tergambar di muka memasing...
En hafizi kate ape2 jadi senyum...jgn panik senyum...so tak tahu nak cite lagi sonok nyeee ....so tgk gambar aje.... nak tahu camne sonoknyeee baik g join... tak rugi.... TAKUT tak laaa...





















Thursday, October 29, 2009

Adakah Ini Jawapan nye???

BETAPA SAYANG NYA ALLAH PADA KITA

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan
dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

Bosan

Nape skang nie ayat yang kuar dari mulut bosan....
Nape bosan??
Cadangan menghapuskan bosan??
BOSAN

Tuesday, October 13, 2009

11 Oktober 2009

Wilimatulurus Bard & suzana

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua
keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan
dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya
pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik
dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -















Thursday, October 1, 2009

Kuih Bahulu

Ari ni nak cite pengalaman buat kuih bahulu dengan dapo kayu....
Pedih nye mata bepeluh2 panas asap....smua ada...
Tapi syok... aritu buat time raya ke5....
sambil tunggu masak sambil mkan...tak penuh pun balang...
nikmatnye makan time panas....
so sesape yang tak penah rase buat gune arang please try do....

















Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...