CERITA ANAK BRANAK. JAHIT MENJAHIT.. MEMBAWANG.. PENGALAMAN... KIRA NYA MEMANG CERITA PASAL KEHIDUPAN DAN HOBI MENJAHIT
Wednesday, August 15, 2012
Mandi hadas besar - time bulan pose
MANDI JUNUB SELEPAS IMSAK
Soalan; Berkenaan dgn mandi junub, di dalam bln ramadhan ini adakah kita perlu mandi junub sebelum imsak ataupun blh mandi junub selepas imsak?
Jawapan;
Tidak menjadi masalah mandi junub selepas imsak, malah selepas masuk waktu subuh. Ia tidak memberi sebarang kesan kepada puasa. Yang perlu dijaga ialah jangan bersetubuh selepas masuk waktu subuh kerana ia membatalkan puasa. Adapun bersetubuh sebelum masuknya subuh, ia tidak membatalkan puasa sekalipun mandi junub dilakukan selepas subuh. Saidatinia ‘Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. pernah menceritakan bahawa; “Nabi s.a.w. pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Jadi bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya, harus melewatkan mandi junub sehingga selepas masuk waktu subuh. Begitu juga, bagi wanita yang terputus haidnya pada sebelah malamnya, tidak batal puasanya jika ia menangguh mandinya hingga selepas subuh. Namun demikian, menyegerakan mandi dalam semua keadaan ini adalah disunatkan.
Wallahu a’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hari Raya 2019
Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...
-
Kenapa air penting untuk manusia? 1. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda ...
-
Wanita sekalian Payudara gebu diraih, Payudara kecil diakui Penyelidikan dan statistik menunjukkan bahawa wanita dengan payudara y...
-
Salam ai readers semua ...moning-moning... Hari nie nak share pasal tempat lepak kami sefamly time memalam sambil skodeng sape yang lalu...
No comments:
Post a Comment