Wednesday, January 2, 2013

FIDYAH

Arini nak kongsi pasal fidyah..


Cube piker balik ade tak yang tak ganti pose lagi tahun dedulu...

Renung-renungkan...

Aaaaa camne.... ape kate kite cek kat sini ... kalau ade jom reramai kite bayar fidyah...

Golongan yang dikenakan fidyah

Bil Golongan Fidyah

1. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh. Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.

2. Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.

3. Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:

i. Kandungannya terjejas

ii. Air susunya kering Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.

Kadar fidyah bagi tahun 1431H ialah RM 1.80 sehari.

Pengiraan Fidyah (beras)

1 gantang baqdad = 2.7kg

1 cupak beras = 675g atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan.



Sumber dari - http://www.zakat.com.my

No comments:

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...