Friday, November 1, 2013

Bisnes online dikenakan SGT

Pepagi hari buka fb tebaca artikel nie... member bisnes tag....oooooooooooooooooooooooooooooooo ada rase bengang disitu... yelah orang cepat melatah memang cam saya nie... cepat benooo nak melenting tanpa baca artikel... ambik tahu apa GST nie...
tu laa apa-apa sebelum nak menolak atau nak melenting kita penuhkan ilmu didada dulu... pastu kalau nak jumpe menteri pergi laaa
jom kita berkenalan dengan GST copy dari kpkk.

Apa itu GST
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap
peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport
melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan

 Kadar GST
Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%)
dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang

Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?
Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur
-
sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan
berkadar sifar). Rujuk
Jadual 1
 Barang Makanan
(Foodstuff)
a. Beras & padi – semua jenis beras dan padi termasuk beras pulut, beras perang
dan beras hancur

b. Gula – semua jenis gula kecuali gula kastor dan gula ising

c. Tepung – tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung attar,
tepung ubi dan tepung sagu kecuali tepung jagung dan
sepertinya

d. Minyak masak – semua jenis minyak masak kecuali minyak bunga matahari,
minyak jagung, minyak bijan, minyak zaitun

e. Garam – garam makan termasuk garam bukit

f. Sayuran – semua jenis sayuran seperti termasuk kentang, tomato,
bawang, bawang putih, timun, lobak, keladi, keledek, ubi kayu,
jagung dan dal

g. Rempah ratus – termasuk lada hitam, buah pala, kulit kayu manis, halia, asam
jawa, serbuk kari

Binatang hidup,daging binatang dan organ dalaman binatang
– seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik

Ikan dan isi ikan – semua jenis ikan kecuali ikan hiasan dan ikan untuk umpan
– semua jenis isi ikan yang diproses (segar, jeruk atau kering) kecuali sirip yu
Kerang – termasuk udang kara, ketam dan udang
Molluscs – termasuk sotong, siput
Telur burung – ayam dan itik

Bekalan elektrik – bekalan elektrik kepada pengguna domestic untuk 200 KWH
yang pertama

Bekalan air – bekalan air kepada pengguna domestic 35 meter padu yang pertama
kecuali distilled water, de-ionised water, oxygenised water dan air mineral

Pengangkutan penumpang (tempatan)
– pengangkutan awam secara rel (KTM, LRT, ERL, Monorail)
– kapal, bot dan feri
– bus ekspress, bas henti-henti, bas pekerja, bas sekolah dan
bas feeder
– teksi dan kereta sewa
- perkhidmatan ambulan

Perkhidmatan kesihatan – perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta
Perkhidmatan pendidikan
– aktiviti pendidikan dan latihan oleh insititusi pendidikan
swasta
– kantin di sekolah rendah dan menengah

Bekalan tanah dan rumah kediaman
– pelupusan atau pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri
– jual, beli dan sewa rumah kediaman termasuk rumak kos
rendah dan sederhana
– jual, beli dan sewa/pajak tanah bagi kegunaan pertanian
– tanah bagi kegunaan awam seperti untuk bangunan

Kerajaan atau tanah kubur
Bekalan emas – Bekalan emas untuk tujuan pelaburan
– Bekalan emas tulen dari refiner kepada pembeli pertama untuk tujuan pelaburan 
Perkhidmatan kewangan Bank
– pendapatan faedah dari aktiviti pemberian pinjaman,
pendahuluan, overdraf dan lain-lain kemudahan kredit
– pulangan dari uruseniaga pelaburan seperi dividen kasar
dan keuntungan dari pelupusan asset kewangan

* Sumber: Kementerian Kewangan (MOF) dan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM)

 http://www.treasury.gov.my
 http://www.kpkk.gov.my/pdf/gst_pamplet_gst.pdf
 http://www.icu.gov.my/pdf/artikel/gst_artikel.pdf

dah baca tapi masih ala-alaa tak faham lagi laa....
takpe balik nie nak tanya dengan en suami... dai mesti laa kene faham...
keee ada kekawan yang disini faham berkenaan niee...
bboleh laa komen tukar-tuka pendapat

No comments:

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...