Setelah 2 tahun menjadi isteri dan ibu tetiba teringgin nak buat bubur kacang durian...
Untuk pengetahuan semua aku tak penah sekali pun buat bubur kacang... Tengok uwan buat ade laa...tu pun sesi nak hampir masak tinggal siap nak ambik pinggan makan...
Tengok susur kacang pun rasa ak lalu... maybe time tadika tiap ari makan bubur kacang kot tu yang tak lalu.. demi untuk suami tercinta aku ku buat jugak malam nie..
Tadi dah beli durian kat presint 2 sempena makan-makan buah-buahan tempatan.... Haga same jea mahal...
Resepi ehsan En Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam 4 - 5 jam (kalau guna pressure cooker tak perlu rendam)
1/2 ketul gula melaka, potong kecil*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya
1/2 camca teh garam
1 liter santan
Gula (jika kurang manis)
Air jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus kacang hijau hingga empuk dan kembang. Masukkan air gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau rata. Tamba durian dan biar mendidih. Masukkan garam dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Dan jika suka bubur kacang cair, tambah air secukupnya. Masak sekejap.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti atau biskut tawar. Sedap juga dimakan sejuk. Kalau tak habis, boleh dijadikan aiskrim malaysia.
Untuk pengetahuan semua kacang hijau ini mempunyai vitamin B7. Vitamin B7 ini adalah agen penghalang kanser.... so makan laa selalu murah pun murah kalau tak kene ambik vivix shaklee dengan saya...
No comments:
Post a Comment