Wednesday, August 20, 2014

Bahaya sang pengila Game dalam FB

Waaaaa waaaa dah lama nye tak up date blog ku sayang nie... hari ni nak share pasal duit habis beli game intenet... baguskan perangai...cam orang dah terlebih-lebih duit tak tahu nak letak katne... kalau g sedekahkan duit tu banyak gak pahalakan...

gamba nie ambik dari google...tq sape nye gamba
sebenanya nak cite pasal kad debit maybank nie... sekarang kan zaman super mudah atau dengan kate senang nyee zaman super super lazzzzy.... betulkan?? yelah ape tak nyeee... alaa malas nak masak oder jap g sampai depan umah... alamak astro lupe baya... call customer service buat pembayaran... tak yah bergerak dah semua datang dengan hanya dipanggil... makin betabah gemuk laa rakyat malaysia...

panjang nyeee pluk termembebel...
Nak story ckit... kes nie terjadi sebelum raya... Kononnya nak beli barang melalui online... buka laa maybank 2u sekali cek baki dah kosong kosong.... waaaawaaawaaaa sedih mak ok... teranjat anjeee duit dah kosong kosong..
dengan itu terus laa menelepon customer service maybank bertanyakan kemana duit ku pergi... kebetulan time call tu maybe seorang yang masih bujang...muda n hansem tu ckit kot yang menjawab call aku... dia tanye kenapa ape masalh... so aku crite laa pasal duit aku dah hilang tak tau sape yang kebas.. dia tanye ade share ke no acc depan card bank tu ngan sesape... aku cakap laa penah share ngan orang yang memang bebetul aku kenal... pastu dia dia suh cek dalam history maybank 2u... aku pun baca laa semua transaction yang aku rase tak penah lakukan sebab...maybank nie aku buat kas untuk shaklee ku sayang... teranjat anjee rupanyee duit ku telah disalurkan kepada google wallet sebab orang tu telah membeli game... Nasihat yang aku dapat dia cakap trus blok n cancell kan google wallet tu... sebab bile kite clik game tu secara automatik duit trus di tolak... gila ko senang-senang nak bagi ke dia...dah laa aku tak main...

so disini aku menyarankan kepada semua yang membaca dan menggunakan kemudahan yang super lazzzy nie jaga laa no kad anda jangan kasi sesape pun guna,,, pinjam or nak lihat-lihat kad kite tu...sangat bahaya...

pasni acik takkan bagi dah kad acik untuk menjadi tatapan umum n no more pinjam-pinjam ok... minta maaf bagi mu... dah laaa kosong kosong jadi nye... ingat salam raya ke kosong kosong..


-ads-

jom dapatkan segera BOBA Original dari 



Wednesday, August 6, 2014

L’AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM


Kelebihan Apple stemcell yg terdapat di dlam produk kami...

Salah satu buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk memproduksi stem sel ialah
BUAH EPAL.

Teknologi ini lebih dikenali sebagai........APPLE STEM CELL ( SEL STEM EPAL)

Kenapa Buah Epal? Kenapa bukan buah Durian atau Manggis atau Delima??? Apa Keistimewaan Buah Epal Dari Segi Perubatan???

Sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan. Mungkin sukar dipercayai, namun itulah kenyataannya kerana buah epal itu mengandungi bahan anti oksidan yang sangat tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa buah epal bukan sahaja dianggap sebagai bahan anti-pengoksida, malah ianya juga mampu mencegah penyakit barah. Secara tidak lansung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Epal mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan. Sel Stem buah itu mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ianya berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru.

Sel kulit manusia juga mempunyai jangka hayat terhad, ditambah pula usia yang semakin meningkat selain keadaan persekitaran yang tidak menentu memberi implikasi negatif kepada kulit. Secara tidak lansung keadaan itu menyumbang kepada kehilangan regangan kulit, menimbulkan kedutan dan sekaligus mempercepatkan proses penuaan.

Lebih menarik lagi bahawa buah epal sangat kaya dengan fitonutrien, protin dan mempunyai sel hidup yang panjang, malah ia ada sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica pada sel stem pokoknya. Sel tisu berkenaan didapati boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Epal memiliki khasiat tersendiri yang juga bertindak untuk mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Sel stem buah itu berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.

Tuesday, August 5, 2014

BerhatiKurus dan langsing dengan L'AROME

Kebanyakan orang menganggap parut merekah (strecth mark) dan selulit mustahil untuk dihilangkan. Ini kerana masalah itu dianggap sebagai parut yang kekal selamanya tetapi sebenarnya tidak. 

 

Pada zaman canggih dan serba moden ini, hampir semua perkara boleh dilakukan. Jadi, parut dan selulit kini boleh dihilangkan dan dibuang selamanya hanya dengan beberapa sapuan. Bagi pengguna setia L’AROME, Norbayati Izua atau lebih mesra dengan panggilan Yati, dia amat kagum dengan perubahan yang dialaminya hanya dalam masa 10 hari sahaja.
"Saya amat teruja dan rasa sangat seronok kerana dipertemukan dengan serum L’AROME. Walaupun suami tidak kisah dengan penampilan saya tetapi kita harus ingat bahawa wanita sebenarnya ingin kelihatan menarik dan cantik untuk suami tercinta," katanya.
Dia sedar lemak pada bahagian perut dan lengan kian menebal. Yati juga tahu bahawa kalau dia membiarkan masalah itu kian menebal, sudah tentu lemak yang terkumpul sukar dibuang. Pelbagai cara digunakan Yati untuk menurunkan berat badan termasuk senaman dan mengambil suplemen. Namun, keadaan tidak banyak berubah. Dia juga sudah menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang diiklankan tetapi keputusan yang diperolehinya menghampakan.
Yati amat berterima kasih kepada ejen yang memperkenalkan serum ajaib ini kepadanya.
"Saya melahirkan anak secara pembedahan. Saya ada dua cahaya mata dan kedua-duanya pun melalui pembedahan. Pelbagai krim saya gunakan untuk menghilangkan kesan tersebut tetapi semuanya hampa. Akhirnya, saya terpikat dengan satu iklan tentang L’AROME di akhbar dan saya terus mencubanya.
"Hanya dalam 10 hari bukan sahaja parut semakin pudar tetapi badan saya juga sudah kurus. Saya hanya sapukan pada perut sahaja. Ia juga membantu saya mengurangkan selera makan. Ajaibkan? Tetapi ini memang kisah benar. Saya lakukan sedikit senaman dan keputusannya memang memeranjatkan terutama suami saya,"cerita Yati tentang pengalamannya menggunakan L’AROME.
Punca utama yang menarik perhatian Yati untuk menggunakan L’AROME ialah cara serum ini digunakan kerana ia bukan untuk diminum tetapi untuk kegunaan luar.
"Saya menggunakan produk ini mengikut aturan iaitu saya ambil dua tiga titik ke atas telapak tangan dan sapu pada bahagian perut beberapa minit. Lakukan dua kali sehari iaitu selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Krim ini boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan banyak lemak," jelas Yati lagi.
Oleh sebab terlalu gembira dengan apa yang dialaminya itu, dia memberitahu rakan-rakannya. Semua rakannya yang mendengar pengalamannya turut menggunakan produk L’AROME dan mereka turut mendapat reaksi yang positif. Rata-rata mengalami penurunan berat badan, manakala lemak degil hilang.
Selain itu, lengan pula bertambah cekang kerana lemak yang selama ini bersembunyi di bawah lapisan kulit cair menjadi peluh. Kini Yati bukan setakat menjadi pengguna tetapi pengedar yang secara langsung dapat meningkatkan pendapatan keluarganya. "Semua wanita yang menggunakan produk ini tidak berasa ragu kerana ia hanya untuk kegunaan luar dan tidak ada sebarang kesan sampingan," katanya yang kini giat mempromosikan L’AROME Apple Stem Cell ke mana saja dia pergi.
Dia tidak takut atau rasa bersalah kerana produk ini seratus peratus halal kerana ia berasaskan stem sel epal yang digabungkan dengan tumbuhan lain.

Stem sel epal
Dalam pada itu, pengguna harus tahu bahawa stem sel epal ini bukannya diperolehi daripada epal biasa seperti yang dijual di pasar raya. Stem ini diasaskan oleh Dr. Fred Zulli, saintis tersohor Barat menggunakan sejenis epal liar yang hanya terdapat di hutan-hutan Switzerland sahaja. Rasanya pahit dan tiada siapa yang mahu memakannya.
Dr. Fred Zulli melihat ada keganjilan tentang epal liar ini kerana walaupun terbiar di bawah pokoknya selepas luruh selama tiga bulan, ia tidak kecut atau rosak. Buah ini masih dalam keadaan segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan keadaan asalnya walaupun lama terbiar. Setelah membuat uji kaji di makmal miliknya di Buch, 50 meter dari Zurich, terhasillah produk L’AROME.
"Sebab itulah saya dapat meyakinkan pengguna bahawa produk ini halal seratus peratus dan mereka boleh menggunakannya tanpa was-was," tambah Yati.
Jadi, L’AROME ialah pilihan yang tepat untuk mereka yang mahu melangsingkan badan dan mereka yang cinta kepada kecantikan. Ini kerana lemak-lemak di badan terutama bahagian perut sangat mengganggu kehidupan. Oleh itu, kita semua perlu sedar untuk membuang lemak-lemak ini dengan bantuan L’AROME. Usah gusar dan bimbang kerana anda akan kembali langsing selepas berjinak-jinak dengan produk ini.
L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum dapat membakar lemak anda dalam masa 24 jam. Ia sekali gus mengurangkan kesan parut selepas bersalin dan dapat mengempiskan perut anda. Ia diformulasi khusus untuk perkara-perkara berikut:
LEMAK: Pembakaran lemak berlaku sangat pantas. Anda hanya perlu sapu serum ini di kawasan yang anda inginkan. Ia akan kekal di lapisan kulit luar dan dalam kerana ia mudah meresap. Pembakaran lemak terhasil setiap kali anda makan dan berpeluh selagi anda tidak membasuh bahagian yang diletakkan serum.
SELULIT: Perubahan ketara hanya dalam tempoh satu minggu. Sapu dengan konsisten untuk mencapai kesan maksimum ini.
LANGSING: Perubahan yang amat ketara dalam masa tiga hingga tujuh hari. Anda boleh membentuk kecantikan dan kelangsingan tubuh dengan memberikan tumpuan di kawasan yang anda inginkan.
PARUT MEREKAH: Hampir seratus peratus hilang dalam masa satu bulan. Produk ini membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, paha dan lengan.

Stokis
Bagi Mohd Nasir, dahulu dia hanya berminat untuk menggunakan produk tetapi setelah melihat sendiri keberkesanan produk ini, dia terus mengambil keputusan untuk menjadi stokis. Mohd Nasir amat yakin dengan produk L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum ini akan laris. Jangkaannya tepat kerana jualan semakin meningkat dan ini berpunca daripada reaksi daripada pengguna kerana mereka mendapat kesan baik. Selepas itu, mereka sampaikan daripada mulut ke mulut.
"Sambutan luar biasa daripada jualan yang hebat ini membantu meningkatkan pendapatan saya. Syukur Alhamdulillah. Saya berani kata jika anda di luar sana berhasrat untuk berniaga, L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum merupakan produk yang paling tepat. Apa yang lebih menarik lagi untung runcit 100 peratus daripada ditawarkan kepada stokis. Cepat, sementara belum ramai lagi stokis yang berdaftar," katanya.

credit toutusan Malaysia
Ingin Dapatkan PRofuk Kurus Telajak Laris...
Boleh Call saya zura 016-3237822

Monday, August 4, 2014

RESIPI KEJAYAAN .KEKAYAAN..


Saya terjumpa artikel ini di internet...beliau ni bisnes intenet ie ebay.etc dan telah berjaya..sy baca resipi beliau...dan ternyata semua nya bukan lg rahsia atau sesuatu yg baru kerana semuanya adalah apa yg sy dan mereka yg telah berjaya amalkan...ianya resipi yg telah sy huraikan byk kali sblum ni....jom baca sebagai refresher dan moga pengalaman beliau mmbuka minda kita semua dan mnyuntik semangat kita utk terus istiqamah dgn RESIPI jutawan ini..dan moga mnambah keyakinan anda utk mengamalkan apa yg mentor anda selalu kongsikan.....jom baca..
----------
"... Sukacita ingin saya berkongsi apakah antara resepi menarik wang dan kekayaan yang diamalkan saya . Mengapa saya namakan ia resepi? Kerana ia ibarat resepi makanan, apabila acuan digaul dengan baik dan resepi yang betul, jadi masakan akan jadi lebih enak. Seperti itu jugalah rezeki dan kekayaan. Andai kita memulakannya dengan niat, landas dan cara-cara yang betul, ia akan memberi impak positif yang besar pada hidup kita. InsyaAllah. Antara resepi yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Selamat membaca dan beramal
1. Hidup Bertuhan
Bagi saya hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi? Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu. Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”Firman Allah SWT, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16)Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Sebab itu Allah juga menyatakan,Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya (Surah Qaf: 16)Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga. Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hat tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya.
Contoh,
“Allah, hari ini saya nak pergi temuduga, Kau permudahkanlah aku ya Allah. Kau kan Maha Baik hehe”
“Allah, bagilah aku duit poket, aku tak da duit poket ni. Kau kan Maha Kaya”
“Terima kasih ya Allah saya dapat makan hari ini. Sedap Allah kek tadi tu. Terima kasih juga bagi saya duit belanja”

Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya. Kenapa? Sebab apabila suara kita familiar pada Allah ketika kita senang, Allah akan lebih ingat dan kenal kita ketika susah. Sebagaimana kita mungkin kurang suka andai kawan kita cari kita hanya ketika susah seperti itu jugalah Allah tidak suka kita mencari Dia hanya ketika susah.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadis ditakhrij oleh Turmidzi)“Kamu ingat Allah ketika kamu senang, Allah pasti ingat kamu ketika kamu susah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Meditasi Dengan Tenaga ZIKIR.Sebelum memulakan zikir, ambil wudhuk dan tenangkan fikiran terlebih dahulu
Buat latihan pernafasan.
Tarik nafas dalam kiraan 4 saat
Tahan 6 saat
Lepas perlahan-lahan 8 saat
Ulang selama 5 minit
Niatkan zikir kerana Allah
Sebutlah zikir yang anda suka

3. Jaga Amalan Agama Melebihi Menjaga Diri Sendiri
Solat 5 fardhu di awal waktu
Surah Al Waqiah dan surah Al Mulk setiap malam
Surah Yaasin setiap pagi
Qiyamulail walau hanya 2 rakaat Tahajud dan 3 rakaat Witir
Istighfar 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Selawat 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Lailahaillah 100x setiap hari (lagi banyak lagi bagus)
Solat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (kalau boleh wajibkan)JANGAN utamakan bisnes daripada Allah. Bila dah dengar azan, berhenti dan siapkan diri menunaikan solat. Katakan pada diri, “Allah first!” kerana Allah yang bagi kita rezeki. Andai Allah tahu bahawa kita utamakan dia, datang badai macam mana pun sekali Allah kata “Kun Faya Kun” PASTI rezeki tu dapat juga. Jadi, jangan risau tentang rezeki.
Percaya pada Allah. Kan rezeki tu Allah yang kasi, BUKAN Ebay bukan orang lain:)
“Kamu jaga Allah, pasti Allah menjaga kamu”

4. Set Matlamat Utama Yang Kukuh
, saya telah pun memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun yang lalu tetapi masih belum menemui sebuah kejayaan (menjana pendapatan yang saya impikan). Dengan hanya berbekalkan niat,“Aku ingin membawa a.k.a menaja perbelanjaan ibu aku pergi haji”Segala cabaran sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet saya tempuhi dengan baik. Entah kenapa ada satu kekuatan yang ajaib dalam diri saya yang membuatkan saya tidak kenal erti ‘putus asa’ walau saya dah banyak laburkan duit beli produk di Internet. Saya berdegil untuk terus mencari apakah perniagaan internet yang sesuai dengan diri saya dan alhamdulillah saya telah menemuinya sekarang iaitu perniagaan Ebay:)

5. Reprogramming Mindset
Dalam apa jua yang kita lakukan, mindset sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan. Ramai antara kita mempunyai masalah mindsetting yang menyebabkan kita mudah tersungkur di awal fasa perniagaan dan saya tidak menafikan saya juga adalah antara salah seorang daripadanya dahulu.

Bak kata pepatah,“Belum duduk, dah melunjur”Sebelum mula, kita telah pun memupuk energi negatif dalam diri kita dengan mengatakan,“Mampukah aku?”

Seolah-olah kita tidak yakin pada diri sendiri kerana sesungguhnya kita adalah manusia sebaik-baik kejadian. Kita adalah seseorang yang hebat andai kita sedar. Jadi, bagaimana nak repogramming mindset? Belajarlah tentang ilmu Hukum Tarikan yang menggunakan hukum alam (sunnatullah) dan energi alam semesta. Selain itu tentang kuasa minda separa sedar, kuasa minda super sedar, dan yang paling saya recommended “Quranic Law of Attraction” yang sangat sesuai bagi muslim. Ia adalah ilmu yang sangat menarik bagi saya kerana sebenarnya kita boleh menggunakan spritual untuk menarik apa yang kita impikan.Saya bersyukur kerana Allah mengilhamkan saya belajar tentang Hukum Tarikan tatkala memulakan bisnes Ebay dan hasilnya sangat positif. Selain itu, anda juga boleh menggunakan audio hipnosis untuk reprogramming mindset anda yang bertindak secara halus melalui minda separa sedar. Anda hanya perlu memasangkan audio itu sebelum tidur dan biarkan maklumat disimpan dalam minda separa sedar anda. InsyaAllah lama kelamaan, anda akan rasa impaknya terhadap diri anda yang akan memudahkan anda menarik rezeki dan wang ke dalam hidup anda. Yang pasti, dengan izin-Nya.Artikel berkaitan: Rahsia Tarikan Rezeki dan Kekayaan

6. Tenaga Doa:
Teruskan Berdoa, Yakin Pada Allah, Dia Kabulkan Doa AndaPernahkah anda memikirkan suatu impian atau hajat dan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka? Saya pernah. Dengan menggunakan Hukum Tarikan, Quranic Law Of Attraction dan tenaga doa, saya mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Saya tak pernah memikirkan atau terbayang yang Allah akan berikan saya rezeki itu. Seperti bulan jatuh ke riba. Sekilas pandang. Allah bagi apa yang saya nak.Benarlah kata-kata dalam ebook Hukum Tarikan,“Kita tak perlu fikirkan bagaimana impian kita dapat dicapai, kita hanya perlu bayangkan, rasakan perasaan ketika itu dan ulang perkara itu setiap hari agar dapat menarik impian itu ke dalam hidup kita”Ada orang kata,“Usaha kena ada”Perkara itu sememangnya penting cuma apa yang saya ingin memberitahu adalah,“When you think BIG, you will transmit BIG positive energy to the world - Apabila anda memikirkan perkara yang BESAR, anda akan memancarkan energi positif kepada alam semesta. (Hukum Tarikan)”Contoh,“Aku nak jadi jutawan”Puas kita fikirkan, bagaimana? Tak perlu fikir bagaimana. Dengan Allah NOTHING impossible. InsyaAllah, andai Dia izinkan, esok pun Dia boleh jadikan anda jutawan. Percayalah pada rezeki yang tidak disangka-sangka dengan syarat: Jaga hubungan dengan Allah melalui amalan agama Teruskan berdoa. Luahkan pada Allah segala impian anda seusai solat di hamparan sejadah.

7. Sedekah
Kadang-kala kita tak rasa sedekah yang pernah kita bagi pada orang lain, bantu orang lain berbalik kepada kita. Renung dan nilai segala urusan yang dipermudah, rezeki dan wang yang menarik-narik dalam hidup kita. Semuanya adalah disebabkan sedekah yang kita berikan kepada orang lain.Sedekah ada banyak definisi, ia tidak hanya terhad kepada wang ringgi. Zikir, amal soleh, dan senyuman juga adalah salah satu bentuk sedekah.“Andai kita mampu makan di gerai dan harga makanan adalah RM5, apa salahnya kita berikan walau hanya sekecil 10 sen kepada peminta sedekah yang datang atau adakah kita malu kerana berikan wang yang sedikit? Letakkanlah malu pada tempat yang sesuai”Itulah pesan sahabat saya. Bila saya renung, buat saya muhasabah diri. Kadang-kala kita malu tak bertempat. Kadang-kala terlalu kedekut dan takut duit kita akan berkurangan. Bukankah sedekah tidak akanmengurangi harta? Malah dengan bersedekahlah kita menarik rezeki dan kekayaan yang tidak pernah kita sangka-sangka.Tips mudah memulakan kehidupan dengan bersedekah
Maniskan muka dengan senyuman
Sedekah sekurang-kurangnya RM1 seminggu
Solat awal waktu
Berkata hanya yang positif atau diam..InsyaAllah.
Jika istiqomah buat perkara-perkara ringan ini , akan terasa perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita.Sumber: Hasbul AqillArtikel berkaitan: Hebatnya Sedekah

8. Syukur
Firman Allah SWT,Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim: 7)Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila kita banyak bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya kepada kita. Syukur ibarat penghargaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya iaitu Allah. Analoginya, orang yang kita tolong mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kita berulang-ulang kali menunjukkan betapa dia menghargai pertolongan kita padanya.Begitu juga Allah, tatkala hamba-Nya mengucapkan rasa syukur, Allah merasai penghargaan daripada hamba-Nya terhadap nikmat yang telah diberikan-Nya. Tiap kali dapat rezeki walaupun sesimple mana pun, bersyukurlah. Ucapkan terima kasih walau hanya di hati
.“Terima kasih ya Allah, hari ini aku dapat komisyen affiliate”
“Terima kasih ya Allah, aku ada makanan untuk dimakan hari ini”
“Terima kasih ya Allah, aku dapat on9 internet untuk uruskan bisnes aku”

CARA MENGHIDUPKAN KESYUKURAN

1. Yakinlah
Tatkala kita menadah tangan, sekalipun hanya berbicara, yakinlah doa kita akan termakbul. Yakin dan percaya ada kaitan dengan iman. Sepertimana kita percaya pada Allah yang Dia akan selesaikan masalah kita, seperti itulah iman kita. Bukankah Allah itu Maha Besar? Malah daripada-Nyalah datangnya masalah itu jadi pastinya kepada-Nyalah kita memohon pertolongan agar diselesaikan masalah itu.Oleh sebab itu, kita perlulah yakin Allah makbulkan doa kita tatkala kita meluahkan keinginan kita.
2. Rasakanlah
Dengan berasa yakin, ia masih tidak cukup bagi menuju kebahagiaan hidup. Ini kerana keyakinan kita sering berubah-ubah seperti iman kita, turun naik. Itulah lumrah manusia. Ada ketika di atas, ada ketika di bawah, seperti putaran roda. Oleh sebab itu, untuk menstabilkan keyakinan itu, kita perlu mengadakan perasaan pada keinginan kita. Contoh,“Saya memiliki isteri solehah dan berakhlak mulia”Bagi adam yang membaca pasti tersenyum ketika membacanya. Dalam hatinya pasti berkata,“Subhanallah. Indahnya andai ia jadi kenyataan”Untuk merasakan statement di atas, anda bayangkanlah perasaan ketika itu. Apa yang anda ingin ada pada isteri anda. Antaranya, anda membayangkan dia bertudung labuh, memakai stokin sebelum keluar rumah dan melayan anda dengan baik. Rasakan perasaan anda tatkala mendapat statement di atas. Pasti indah bukan? Begitu juga apabila menyatakan keinginan anda. Walau apa sahaja keinginan anda, cuba untuk merasakan perasaan itu. Ketika hendak berdoa, kuatkan keyakinan yang doa anda pasti dimakbulkan. Langkah seterusnya adalah melantunkan keingingan-keinginan anda dengan tegas. Jangan ragu-ragu. Jangan fikirkan bagaimana kerana Allah itu Maha Besar. Percayalah adanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Arahkan fikiran dan perasaan pada keinginan-keinginan anda. Sekali lagi, ucapkan dengan tegas dalam hati anda. Jangan ada putus asa atau kecewa. Ucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi makna tegas, positif beserta keyakinan mendalam. Elakkan membaca doa seperti ini,“Ya Allah ampunilah aku jika Engkau suka. Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau suka”Sebaliknya sebutlah permintaan anda sesungguhnya anda tidak pernah memaksa. Lakukan pengakuan dalam hati dan fikiran anda. Rasakan keinginan-keinginan itu sudah pun hadir. Kemudian bersyukurlah.“Alhamdulillah, terima kasih Allah. Hari ini saya sudah mula dapat beri ibu dan ayah saya RM1000 seorang pada tiap bulan”
3. Rebutlah
Setelah sudah yakin dan rasakan keinginan-keinginan anda, ucapkanlah kata-kata yang dapat memberi kesan kuat dalam diri anda. Contohnya,

“Saya bersyukur kerana mendapat rezeki pada hari ini”
“Saya bersyukur mendapat duit yang banyak dan kehidupan yang selesa”
“Saya gembira mendapat kemudahan urusan daripada Allah dalam kehidupan seharian saya”
“Saya bersyukur dan bahagia kerana membahagiakan ibu bapa dan mereka gembira apabila berada di sisi saya”

Sebutlah kata-kata itu sesudah berdoa. Tujuannya adalah untuk memberi anda energi positif yang kuat yang akan memberi pancaran energi positif kepada alam semesta. Tanamkan kata-kata itu hingga ia benar-benar menjiwai kehidupan anda. InsyaAllah selesai mengucapkannya, anda pasti berasa bahagia, damai dan tidak keluh kesah lagi.

p/s: Cara saya adalah dengan menulis pada sebuah buku (Buku Syukur) apa perkara yang saya bersyukur pada tiap hari. Kadang-kala andai tidak sempat update buku, saya akan ucapkan secara lisan,“Terima kasih Allah, hari ini saya dapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan saya”“Terima kasih Allah, sesungguhnya nikmat Kau terlalu banyak untuk aku hitung dan takkan termampu untuk aku hitung. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya pada hari ini”

Dengan menulis perkara yang kita bersyukur tiap hari pada sebuah buku, kita kan memancarkan energi positif kepada alam semesta yang akan menarik lebih banyak rezeki dan wang ke dalam hidup kita. InsyaAllah.“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Semoga apabila lebih banyak nikmat-Nya hadir dalam hidup kita, kita menjadi hamba-Nya yang lebih banyak bersyukur, lebih lama qiyamuilail dan lebih lama sujudnya. Aamiin~Sumber: Petikan buku Quranic Law of Attraction—

InsyaAllah sekian sahaja Resepi Menarik Rezeki Dan Kejayaan berdasarkan pengalaman saya sebagai motivasi agar anda juga turut mengamalkannya, saya juga ingin berkongsi proven testimonial saya dengan resepi ini.Bukti Resepi Ini Berkesan Pada Saya

1. Dengan menggunakan tenaga doa, sering kali saya berdoa seusai solat untuk masuk satu coaching Ebay bernilai RM399. Saya berusaha melalui perniagaan Ebay untuk dapatkan modal itu kerana pada masa itu saya short RM100. Sememangnya ketika itu saya tiada simpanan yang lain untuk cover RM100. Saya bukan seseorang yang suka minta ibu bapa duit. Kadang-kala malu nak minta pada mereka walaupun itu adalah tanggungjawab mereka.Saya terus berdoa dan menggunakan Hukum Tarikan + Quranic Law Of Attraction, saya membayangkan saya dapat masuk coaching itu. Saya bayangkan saya bayar RM399 dan masuk coaching tu. Alhamdulillah, Allah permudah. Saya sendiri tak sangka dapat rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Tetiba, PAP! Saya terus dapat full modal untuk bayar coaching itu. Subhanallah. Sejak daripada itu, saya semakin yakin dan percaya bahawa tenaga doa itu sangat hebat!2. Apabila saya mulakan hidup berTuhan dan menggunakan Hukum Tarikan, Allah seringkali membantu saya menjadi pemikir positif. Suatu hari saya kehilangan kad akses rumah saya bernilai RM60. Bagi saya yang baru mula menjana pendapatan yang lumayan di Ebay, ketika itu duit saya masih tidak mampu menampung sara hidup saya di bandar besar seperti Shah Alam. Setelah pulang ke rumah dan menyedari kehilangan kad akses itu, saya mula rasa down dan energi positif saya berkurang kerana saya mula berasa kecewa dengan Allah.Tetapi pada petangnya, Allah gantikan dengan item Ebay yang bernilai AUD 60 terjual. Subhanallah.

Setelah itu, saya mula mempositifkan diri agar sentiasa bersangka baik pada Allah.Kisah lain, suatu hari saya menghadapi kesukaran dalam perniagaan Ebay. Saya mula rasa down dan kekecewaan mula menyelinap ke dalam diri saya. Tak lama daripada itu, saya mendapat berita yang kakak saya telah selamat melahirkan anaknya yang mana sebelum itu saya risau keadaannya yang hampir 2 hari berjuang melahirkan anaknya. Disebabkan kegembiraan tentang anak buah saya, rasa down saya terubat dan kekecewaan saya terus hilang. Saya rasa bersalah pada Allah kerana saya berburuk sangka pada dia. Rasa malu kerana di kala saya mula kecewa dengan Dia, Dia akan cure kekecewaan saya dengan sesuatu perkara yang lebih baik yang menggantikan kekecewaan itu. Terima kasih Allah.InsyaAllah itu sahaja perkongsian kesan daripada resepi yang saya amalkan seperti di atas. Semoga ia memberi anda motivasi dan inspirasi serta manfaat kepada anda untuk sama-sama kita amalkan. Impian terdekat saya adalah membeli Blackberry Torch 9810 pada 1.6.2012 dengan hasil 100% duit Ebay saya. Dengan Allah NOTHING impossible. Yes I CAN!“When i think about it, i never doubt about it ever a second.

.”Terima kasih Allah atas segalanya. Sungguh nikmat hidup berTuhan. Subhanallah.Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Yes WE CAN
-------

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...