Tuesday, December 9, 2014

1 hari 1 pokok... sayur segar dari laman sendiri


TANAM TANPA KOS
Tahukah anda kita boleh tanam sayur dirumah tanpa kos sebenarnya. Jom kami kongsikan tip ini :

1. BEKAS
Boleh kitar semula bekas buangan dari rumah seperti bekas sabun, minyak masak, air mineral, tong cecair dll. Kena kreative sikit jer dah boleh sediakan bekas untuk tanam.

2. TANAH
Boleh cari mana2 tanah percuma di bumi bertuah ini. Lain lah kita duk di planet Pluto.Sisa2 daun kering, sabut, teh boleh juga digunakan untuk mengkomposkan tanah. Boleh pakai juga pakai span, kain, batu, pasir untuk teknik self watering. Ataupun boleh guna kaedah tanam tanpa tanah ala2 hidroponik.

3. BENIH
Regrow jer sayur yang anda beli dipasar seperti kangkung, bayam, daun sup amat mudah ditanam. Tanaman seperti cili, terung, kacang boleh disemai balik menggunakan biji benih. Lengkuas, kunyit atau bawang juga boleh ditanam balik untuk menambahkan hasilnya.

4. BAJA
Tidak perlu beli rasanya. Boleh guna baja dari sisa2 dapur. Segala sisa2 dapur yang tidak berlemak diperam dengan gula perang dan ragi untuk menghasilkan baja organic semulajadi.
Air bilasan beras/ikan dan juga kulit telur yg diblend dgn air boleh digunakan sebagai booster tanaman.

5. KAWALAN SERANGGA
Boleh D.I.Y sendiri. Resepinya amat mudah sekali. Boleh google, macam2 cara ada. Pilih yang mana satu yang mudah dan senang. 100% bebas racun berbanding sayur di pasar. Sayur tak cantik sangat tak apa janji bebas racun yang akan mengakibatkan kanser. Pernah dengar cerita...Tokey kebun sayur pun tak makan sayur keluarannya pasal beliau tahu ada racun...basuh atau rendam pun belum cukup nak buang pasal dia dah sebati dalam sayur...Dia tanam asing untuk makan sendiri.

6. AIR
Boleh tadah pakai air hujan. Kalau boleh guna teknik “Rain Barrel”. Simpan air dari saluran Atap rumah. Nanti boleh Google teknik ini.

7. MATAHARI
Malaysia bumi bertuah menerima panas dan hujan sepanjang tahun. Kos dia percuma.

8. TENAGA DAN MASA
Anda sendiri tanam sebagai hobi atau niat untuk beriadah. Sihat dapat hasil pun dapat. Di samping itu boleh eratkan hubungan keluarga.

Jadi kenapa berbelanja besar semata2 untuk tanam untuk keperluan rumah sahaja. Jika tidak mampu ikut 100%...buat 50% ikut sudah mencukupi.
Jom Recycle...Save Money...Save World...SEMUA ORANG BOLEH LAKUKANNYA.


credit https://www.facebook.com/ezlyanagardenz?ref=stream 




suka laa tagline dia Kebuk Kota 1Rumah 1KEbun

jom kite buat persediaan makanan yang sihat dan organik...
jimat duit nak gst nie...silap-silap boleh meniaga pasa tani nanti..

1 comment:

Anonymous said...

sumbu guna apa

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...