Friday, March 29, 2019

KENAPA KULIT EKSEMA LEBIH GATAL WAKTU MALAM?


Ini adalah disebabkan oleh kitaran circadian badan yang secara semulajadinya mempengaruhi fungsi kulit seperti kawalan suhu kulit, keseimbangan bendalir dan perlindungan kulit (“barrier protection”). Kesemua fungsi ini berubah pada waktu malam.
Pada waktu malam:
1. Suhu badan dan aliran darah ke kulit bertambah sebelah petang, menyebabkan suhu kulit bertambah. Suhu kulit yg meningkat boleh menyebabkan kulit terasa lebih gatal.
2. Pada waktu malam, badan juga menghasilkan lebih cytokines yang boleh meningkatkan keradangan. Penghasilan hormon kortikosteroid semulajadi dalam badan yang boleh mengurangkan keradangan juga berkurangan pada waktu malam.
3. Pada waktu malam juga, kulit kehilangan lebih air. Bila kulit terasa gatal pada waktu siang hari, aktiviti harian dan kesibukan harian menyebabkan kegatalan tersebut tidak begitu terasa berbanding pada waktu malam semasa berbaring di atas katil tanpa sebarang aktiviti.
4. Hama dan telur scabies juga aktif pada waktu malam.
Lihat Jadual 1 yang menunjukkan bahawa peringkat N1, N2 dan REM adalah masa yg akan terasa amat gatal. Biasanya, di antara 12tengah malam ke pukul 3-4 pagi.

Terima Kasih 
Maklumat nie saya copy dari group fb MESC (Malaysia Eczema Support Community) 
Penulis OiMing Lai

No comments:

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...