Showing posts with label Pekongsian. Show all posts
Showing posts with label Pekongsian. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

Bahaya sang pengila Game dalam FB

Waaaaa waaaa dah lama nye tak up date blog ku sayang nie... hari ni nak share pasal duit habis beli game intenet... baguskan perangai...cam orang dah terlebih-lebih duit tak tahu nak letak katne... kalau g sedekahkan duit tu banyak gak pahalakan...

gamba nie ambik dari google...tq sape nye gamba
sebenanya nak cite pasal kad debit maybank nie... sekarang kan zaman super mudah atau dengan kate senang nyee zaman super super lazzzzy.... betulkan?? yelah ape tak nyeee... alaa malas nak masak oder jap g sampai depan umah... alamak astro lupe baya... call customer service buat pembayaran... tak yah bergerak dah semua datang dengan hanya dipanggil... makin betabah gemuk laa rakyat malaysia...

panjang nyeee pluk termembebel...
Nak story ckit... kes nie terjadi sebelum raya... Kononnya nak beli barang melalui online... buka laa maybank 2u sekali cek baki dah kosong kosong.... waaaawaaawaaaa sedih mak ok... teranjat anjeee duit dah kosong kosong..
dengan itu terus laa menelepon customer service maybank bertanyakan kemana duit ku pergi... kebetulan time call tu maybe seorang yang masih bujang...muda n hansem tu ckit kot yang menjawab call aku... dia tanye kenapa ape masalh... so aku crite laa pasal duit aku dah hilang tak tau sape yang kebas.. dia tanye ade share ke no acc depan card bank tu ngan sesape... aku cakap laa penah share ngan orang yang memang bebetul aku kenal... pastu dia dia suh cek dalam history maybank 2u... aku pun baca laa semua transaction yang aku rase tak penah lakukan sebab...maybank nie aku buat kas untuk shaklee ku sayang... teranjat anjee rupanyee duit ku telah disalurkan kepada google wallet sebab orang tu telah membeli game... Nasihat yang aku dapat dia cakap trus blok n cancell kan google wallet tu... sebab bile kite clik game tu secara automatik duit trus di tolak... gila ko senang-senang nak bagi ke dia...dah laa aku tak main...

so disini aku menyarankan kepada semua yang membaca dan menggunakan kemudahan yang super lazzzy nie jaga laa no kad anda jangan kasi sesape pun guna,,, pinjam or nak lihat-lihat kad kite tu...sangat bahaya...

pasni acik takkan bagi dah kad acik untuk menjadi tatapan umum n no more pinjam-pinjam ok... minta maaf bagi mu... dah laaa kosong kosong jadi nye... ingat salam raya ke kosong kosong..


-ads-

jom dapatkan segera BOBA Original dari 



Thursday, February 13, 2014

EQ kanak-kanak bermula seawal 3 tahun

Perkembangan diri manusia ini ialah kita akan mula mengembangkan EQ kita pada usia 3 tahun. Itu sebab anda akan melihat pada usia ini anak sudah mula boleh bermain bersama dan mula mahu membina skil bergaul (interpersonal) mereka. Mereka mula menyedari orang lain ada perasaan. Bukan Ibu mengatakan sebelum ini tidak, namun secara biasanya dan selalunya, pada usia ini anak mula membina EQ mereka.

Berkait juga kerana pada usia ini otak tengah iaitu mamalian brain di mana memori tersimpan, mula berkembang. Itu juga sebab mengapa bila kita ingat-ingat masa kecil kita, our first memory is of that age. Most of us cannot remember consciously what happen to us before that.

Bila anak pada usia ini sering dimarah dipukul maka emosi yang paling kuat terbina di dalam dirinya ialah kesedihan dan kemarahan. Emosi seperti ini boleh membantutkan perkembangan EQnya.

Wujudnya EQ yang sihat membolehkan individu itu boleh memahami perasaan orang lain dan menjadi peka dan berbudi dan bersopan. Namun, bila EQnya terbantut, itulah yang menjadikan anak itu hanya mahu apa yang dia mahu dan hanya untuknya... kita suruh tak mahu mendengar - degil, suka mengamuk- buruk perangai. dsb.

Lagi satu bila EQ terbantut, maka SQ pun terbantut juga. SQ ialah berbuat baik (kind) kepada semua orang dan semua ciptaan Allah termasuk diri sendiri. Memikirkan kebaikan bersama. Namun, bila tiada SQ yang kuat, ini yang menjadikan sesaorang itu hanya mementingkan diri sendiri.

(Mengaut keuntungan dan harta hanya untuk diri sendiri. SQ bukan bermaksud berapa kuat orang itu beramal di dalam agamanya. Jika dia ahli agama tapi hidupnya menyakiti orang lain dan dia hanya mengaut keuntungan utk dirinya sehingga sanggup menukar hukum agama hanya utk kepentingan dirinya, maka disitu SQnya juga belum kuat).

Ramai sangat orang dewasa hari ini yang suka marah-marah dan menghukum anak-anak kecil hari ini. Agaknya,adakah ini hanya jadi begitu?? Sebenarnya, ini adalah segala tenaga tersimpan yang terpendam...bagaimana mereka telah dilayan semasa mereka kecil memberi kesan yang sangat besar.

Marilah sama-sama kita membesarkan anak-anak kita dengan penuh sikap, skil dan ilmu yang betul, semoga mereka membesar menjadi individu yang cemerlang.


Credit Prof. Dr. Rozieta Shaary

Wednesday, January 8, 2014

IBLIS - Kita KEnal Baru dapat Elakkan


Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour: Hantu, syaitan, pelesit, jembalang,langsuir dan lain-lain

Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap: Neraka jahanam

Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH

Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH

Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus

Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib: Anak-anak Adam

Motto kerja: 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar

Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo: Sebarang tatu

Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat

Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam

Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH

Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH

Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya

Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak

Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala

Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina

Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya

Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT


sumber sinarharian

Friday, December 27, 2013

Simpanan unTuk di dunia dan akhirat

Salam jumaat
27 Disember 2013
Hari jumaat terakhir untuk tahun 2013
Alhamdulillah masa di beri nafas dan kesempurnaan dari allah yang maha agung.
TErima kasih ya allah... terlalu banyak sudah yang ko berikan...
TEtapi aku insan yang selalu alpa dan lupa.

Uopsss arini nak cite pasal untuk simpanan kita untuk dunia dan akhirat..
Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit
Memandangkan tahun depan semua harga barang malambung lambung bukan mail lambung ok  naik so ari ni nak share sedikit tip yang saya buat untuk simpanan...


Bulan lepas ada pergi kursus anjuran opis berkenaan mengurus wang anda...
So tip yang di inggatkan ialah
Dapat gaji memula apa yang harus dia buat?
Agak-agak apa yang harus di belanjakan dahulu??
Rata-rata cakap
Bayar hutang
Beli barang dapur
Semua jawab menjurus ke arah mengeluarkan duit...

Apa yang share ialah pertama sekali dapat duit
Bagi ibu dan ayah dahulu - baru berkat duit gaji...
Selepas itu
Buat simpanan - tak banyak pun tak pa yang penting ada time waktu kecemasan..
Baru laa buat yang lain-lain..

So saya punya cara simpanan dunia ialah...
Setiap kali balik dari opis saya akan keluarkan semua duit RM1.00
Saya akan simpan semua nya...

Terpulang laa kepada kenkawan nak simpan RM5.00 , RM10.00 ke..
mula kan dari sekarang...
Target simpanan nie nak buat sampai brape lama...
Macam tahun lepas saya buat dalam jangka masa 5 bulan... n time raya baru saya korban duit tabung tu
ALhamdulillah dapat membantu beli kuih raya, minyak kereta , duit raya untuk anak-anak sedara.
Nampak sedikit tapi kalau kita tak buat tetap tiada hasilkan
NIe crite bab simpanan untuk harta di dunia..

Cuba kita buat simpanan untuk harta di akhirat
Setiap hari time kita drive atau duduk dalam kenderaan cube kita amalkan berzikir
Berzikir yang simple ajee... cam sehari RM1.00 ujung bulan kira banyak hasilnyakan dari tak simpankan


Macam tu jugak berzikir...
Di dalam kenderaan ke...
Time tunggu giliran nak cucuk duit kat mesin ATM ke
Time nak tunggu nasi sampai kat meja kita kee
Cube kita buat,,,
Memula sedikit lama-lama kita mesti akan tingkatkan usaha kita..
Dan dalam masa yang sama kita tidak akan perasan zikir yang sedikit memberi impak yang besar didalam kehidupan kita...
Sesiapa yang buat aje kan dapat rasa kenikmatannya...


SEMOGA TAHUN 2014 AKAN LEBIH WARNEE WARNII LAGI HIDUP KALIAN


Monday, December 23, 2013

December 2013

Alhamdulillah lagi 8 hari desember nak menutup tirainya...
Suasana di opis pun dah lengang sebab ramai yang cuti...
yelah lagi 2 harikan krismas...
cuti balik kampung laa..
cuti g beli barang-barang sekolah anak laa...
cuti ada yang ahli keluarga kahwin laa...
cuti sebab dah penat keje laa...
saya pun nak cuti...
cuti dah abis dah....
WAAAA.....WAAAA....WAaaa


Terlalu banyak yang tak di capai untuk tahun nie...
So kene laa buat postmoterm sebelum awal tahun...
So boleh laa buat pembetulan sebelum awal tahun masuk...
KEbanyakkan nya semua nya sebab sikat sendiri...
Ilmu dah banyak dah rasanya... Asyik nama naik wacana minda...
So tahun depan
MISI
VISI
Harus laa jelas...
WAjib ikut
Patuh 
NIe asyik meratapi waktu yang telah terlepas..
SO No No No 
Meratap ratap nie...

Friday, November 15, 2013

Baby tersedak susu selamat dengan bantuan pertolongan cemas ibu nya

Alhamdillilah panjang umur baby nie... saya puji mommy dia pandai membuat pertolongan cemas n cepat bertindak bagaimana untuk menyelamatkan anak dia...

So kepada semua pengasuh saya sarankan g laa belajar pertolongan cemas dapat membantu n menyelamatkan nyawa insan lain.. n semua yang ingin jadi pengasuh n pengusaha taska please  laa study skit n belajar untuk menjadi pengasuh yang lagi bijak n bertauliah...

Sedut hidung selamat nyawa

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Kuala Kangsar: Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang bertindak pantas dengan menyedut hidung bayinya dalam usaha menyelamatkan mangsa berusia lima hari yang hampir maut akibat tercekik susu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, ibu malang terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Roshaniza, 29, berkata, insiden itu berlaku ketika dia tinggal dengan bayinya, Muhammad Harith Amsyar di rumah mereka di Taman Bunga Raya, di sini.

Menurutnya, dia meninggalkan bayinya itu seketika untuk ke tandas sebelum terdengar bayinya menangis dan terbatuk-batuk.
“Sebaik keluar dari tandas, saya terkejut apabila melihat tubuh bayi saya bertukar kebiru-biruan. Saya melihat susu mengalir dari hidung anak saya lantas saya menepuk belakangnya bagi memastikan dia tidak terus tercekik dan sukar bernafas,” katanya.

Dia kemudian segera menyedut hidung bayinya itu dengan menggunakan mulut bagi mengeluarkan susu yang tersekat di rongga mulut dan hidung bayinya itu. “Akhirnya beberapa ketulan susu beku yang tersekat di dalam hidungnya berjaya dikeluarkan.

“Selepas berjaya mengeluarkan ketulan itu, saya dapati bayi saya mula bernafas semula, namun tubuhnya masih lemah dan kelemasan. Saya segera menggagahkan diri memandu kereta kepunyaan ayah ke Hospital Kuala Kangsar yang terletak 15 kilometer dari rumah untuk menyelamatkannya,” katanya.
Foto 
ROSHANIZA memangku bayinya yang nyaris maut tercekik susu, tengah hari kelmarin.
Menurutnya, dia mengetepikan rasa sakit dan menggagahkan diri untuk memandu kereta selama hampir 30 minit untuk sampai ke hospital berkenaan.

“Saya hanya memikirkan nyawa anak saya kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Sebaik tiba di pekarangan Wad Kecemasan Hospital Kuala Kangsar, saya segera memaklumkan kepada kakitangan wad itu supaya segera memberikan bantuan kecemasan kepada bayi saya itu.
“Mujurlah petugas terbabit prihatin dan bertindak pantas. Akhirnya nyawa anak saya dapat diselamatkan dan Muhammad Harith kembali aktif seperti sedia kala,” katanya.

Menurutnya, pengalaman itu memberi banyak pengajaran berguna kepadanya, terutama dalam aspek penjagaan bayi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/26

Friday, November 1, 2013

DIY untuk rumah sendirikan

JoM kekawan kita buat sendiri
boleh jimat
kira bile siap limited edition laaa
sebab ada kat umah kita ade...
heheheh







nie semua saya cari dari intenet
saya baru nak mula buat salah satu dari gamba diatas
untuk rumah baru nanti

JOM KITA BUAT SENDIRI NANTI DAH SIAP KITA BOLEH SHARE

Bisnes online dikenakan SGT

Pepagi hari buka fb tebaca artikel nie... member bisnes tag....oooooooooooooooooooooooooooooooo ada rase bengang disitu... yelah orang cepat melatah memang cam saya nie... cepat benooo nak melenting tanpa baca artikel... ambik tahu apa GST nie...
tu laa apa-apa sebelum nak menolak atau nak melenting kita penuhkan ilmu didada dulu... pastu kalau nak jumpe menteri pergi laaa
jom kita berkenalan dengan GST copy dari kpkk.

Apa itu GST
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap
peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport
melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan

 Kadar GST
Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%)
dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang

Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?
Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur
-
sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan
berkadar sifar). Rujuk
Jadual 1
 Barang Makanan
(Foodstuff)
a. Beras & padi – semua jenis beras dan padi termasuk beras pulut, beras perang
dan beras hancur

b. Gula – semua jenis gula kecuali gula kastor dan gula ising

c. Tepung – tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung attar,
tepung ubi dan tepung sagu kecuali tepung jagung dan
sepertinya

d. Minyak masak – semua jenis minyak masak kecuali minyak bunga matahari,
minyak jagung, minyak bijan, minyak zaitun

e. Garam – garam makan termasuk garam bukit

f. Sayuran – semua jenis sayuran seperti termasuk kentang, tomato,
bawang, bawang putih, timun, lobak, keladi, keledek, ubi kayu,
jagung dan dal

g. Rempah ratus – termasuk lada hitam, buah pala, kulit kayu manis, halia, asam
jawa, serbuk kari

Binatang hidup,daging binatang dan organ dalaman binatang
– seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik

Ikan dan isi ikan – semua jenis ikan kecuali ikan hiasan dan ikan untuk umpan
– semua jenis isi ikan yang diproses (segar, jeruk atau kering) kecuali sirip yu
Kerang – termasuk udang kara, ketam dan udang
Molluscs – termasuk sotong, siput
Telur burung – ayam dan itik

Bekalan elektrik – bekalan elektrik kepada pengguna domestic untuk 200 KWH
yang pertama

Bekalan air – bekalan air kepada pengguna domestic 35 meter padu yang pertama
kecuali distilled water, de-ionised water, oxygenised water dan air mineral

Pengangkutan penumpang (tempatan)
– pengangkutan awam secara rel (KTM, LRT, ERL, Monorail)
– kapal, bot dan feri
– bus ekspress, bas henti-henti, bas pekerja, bas sekolah dan
bas feeder
– teksi dan kereta sewa
- perkhidmatan ambulan

Perkhidmatan kesihatan – perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta
Perkhidmatan pendidikan
– aktiviti pendidikan dan latihan oleh insititusi pendidikan
swasta
– kantin di sekolah rendah dan menengah

Bekalan tanah dan rumah kediaman
– pelupusan atau pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri
– jual, beli dan sewa rumah kediaman termasuk rumak kos
rendah dan sederhana
– jual, beli dan sewa/pajak tanah bagi kegunaan pertanian
– tanah bagi kegunaan awam seperti untuk bangunan

Kerajaan atau tanah kubur
Bekalan emas – Bekalan emas untuk tujuan pelaburan
– Bekalan emas tulen dari refiner kepada pembeli pertama untuk tujuan pelaburan 
Perkhidmatan kewangan Bank
– pendapatan faedah dari aktiviti pemberian pinjaman,
pendahuluan, overdraf dan lain-lain kemudahan kredit
– pulangan dari uruseniaga pelaburan seperi dividen kasar
dan keuntungan dari pelupusan asset kewangan

* Sumber: Kementerian Kewangan (MOF) dan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM)

 http://www.treasury.gov.my
 http://www.kpkk.gov.my/pdf/gst_pamplet_gst.pdf
 http://www.icu.gov.my/pdf/artikel/gst_artikel.pdf

dah baca tapi masih ala-alaa tak faham lagi laa....
takpe balik nie nak tanya dengan en suami... dai mesti laa kene faham...
keee ada kekawan yang disini faham berkenaan niee...
bboleh laa komen tukar-tuka pendapat

Tuesday, October 22, 2013

JIka kita rasa adakah allah masih bersama?



Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


Monday, October 14, 2013

Hobi Baru - DIY Pom Pom Rug

gamba dr en google

tq en google

ini laaa aktiviti akan dilakukan.. 
insyaallah masuk rumah baru nanti dah boleh gune 
carpet pom pom
nampak macam senang 
belum mula lagi
misi saya akan bermula dari hari ini
hari ini mencari bahan-bahannya dahulu
sejak dah ada anak kene cari sesuatu yang tidak memerlukan tempat yang khusus
kalau ada anak yang dah besa ckit boleh buat sesama dengan mereka
kira aktiviti mommy n anak laa
kira boleh buat part time laa
sambik tengok tv boleh
dalam kereta boleh buat - mampus hubby marah besepah tak jadi
waktu rehat pun boleh buat
tutorial boleh cari dari dalam intenet
123 mula

Thursday, October 3, 2013

Doa Perlindunggan Untuk Bayi



Assalamualaikum & selamat sejahtera

Kelmarin saya dengar tentang pendidikan anak-anak melalui radio
IKIM.fm. Katanya anak-anak perlu dididik dari dalam perut dan
berterusan sehingga besar. Waktu yang paling kritikal untuk didikan
anak-anak adalah dari 0-6 tahun.

Pada masa inilah perlu diterapkan nilai-nilai yang baik dan tunjukkan
contoh yang baik pada anak-anak. Bagaimana sekiranya baizura telah
pun terlepas waktu didikan anak sejak dari dalam perut.
Masih belum terlambat.

Amalkan mendoakan anak-anak. Antara doa yang boleh diamalkan adalah :
Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam berdoa utk perlindungan
Hasan dan Husain beliau membaca:
"Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dgn kalimat-kalimat
Allah yg sempurna dari segala setan binatang yg berbisa dan
pandangan mata yg jahat."
HR. Al-Bukhari 4/119. sumber : Kitab Hisnul Muslim - Kumpulan Doa
dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah, Said bin Ali Al Qathani

Kawan-kawan juga boleh mengamalkan memberi nasihat kepada anak-anak semasa
menyusukan anak ataupun setelah anak tidur. Walaupun anak sedang
tidur, minda di luar sedar mereka masih berfungsi.

Setiap malam, usap kepala anak-anak sambil memberi pesanan. Kawan-kawan
boleh berpesan supaya anak sentiasa baik, jadi anak yang rajin,
pandai dan sebagainya. Sekiranya ada perbuatan anak yang kawan-kawan
tidak suka, kawan-kawan juga boleh memberitahu pada saat ini.

Akhir kata, berbuat baiklah kepada anak-anak, tunaikan hak-hak mereka
kerana mereka akan bertindak seperti mana kita bertindak terhadap
mereka kelak.

Credit Hanis Amin
Admin Rahsia Tangisan Bayi
http://rahsiatangisanbayi.com
Terima kasih diatas perkongsian ilmu nya


Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822  ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Wednesday, October 2, 2013

Antioksidan dengan penyakit peberet rakyat Malaysia

Hari nak kongsi berkenaan dengan antioksidan... Saya pun baru faham ape itu antioksida ini.
rasa terpanggil untuk memahami antioksidan ini selepas sorang spupu shaklee bertanya boleh ke orang yang kanser dan tengah kimo ambik produk anti oksida nie... so sifu saya bagi penjelasan tak boleh sebab antioksida dia sangat tinggi.. so ape kaitannya
Saya pun mulalah menelaah apa antioksidan nie...

 Antioksidan
Satu bahan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (molekul tidak stabil yang dibuat oleh proses pengoksidaan semasa metabolisme normal). Radikal bebas boleh memainkan peranan dalam kanser, penyakit jantung, strok, dan lain-lain penyakit penuaan. Antioksidan termasuk beta-karotena, lycopene, vitamin A, C, dan E, dan lain-lain bahan semula jadi dan perkilangan.
sumber bertauliah.

kiranye antioksida ini adalah bahan yang akan melindungi sel-sel dalam badan kita dari rosak kerana terdedah dari redikal bebas. 


umpama berginu laa antioksida bertindak menentang radikal bebas


Antioksidan merupakan zat yang mampu memperlambat atau mencegah proses oksidasi.[1]
Zat ini secara nyata mampu memperlambat atau menghambat oksidasi zat yang mudah teroksidasi meskipun dalam konsentrasi rendah.[2] Antioksidan juga sesuai didefinisikan sebagai senyawa-senyawa yang melindungi sel dari efek berbahaya radikal bebas oksigen reaktif jika berkaitan dengan penyakit, radikal bebas ini dapat berasal dari metabolisme tubuh maupun faktor eksternal lainnya.[2] Radikal bebas adalah spesies yang tidak stabil karena memiliki elektron yang tidak berpasangan dan mencari pasangan elektron dalam makromolekul biologi.[rujukan?] Protein lipida dan DNA dari sel manusia yang sehat merupakan sumber pasangan elektron yang baik.[rujukan?] Kondisi oksidasi dapat menyebabkan kerusakan protein dan DNA, kanker, penuaan, dan penyakit lainnya.[3] Komponen kimia yang berperan sebagai antioksidan adalah senyawa golongan fenolik dan polifenolik.[rujukan?] Senyawa-senyawa golongan tersebut banyak terdapat dialam, terutama pada tumbuh-tumbuhan, dan memiliki kemampuan untuk menangkap radikal bebas.[4] Antioksidan yang banyak ditemukan pada bahan pangan, antara lain vitamin E, vitamin C, dan kerotinoid. fakta ini saya ambil dari wikipedia.

Dari pembacan saya, majalah isihat oktober 2013. Punca sebenar penyakit kronik adalah disebabkan kurang mengambil antioksidan hingga boleh menyebabkan pelbagai peyakit.
Penyakit diabetes, aterosklerosis dan darah tinggi adalah salah satu penyakit peberet orang Malaysia.  


Menurut Prof Srijit Das. Dan pemahaman saya radikal bebas ini adalah produk sampingan dari metabolism badan kita. Stress oksidatif menghasilkan spesis oksigen reaktif(ROS) iaitu radikal bebas. Bila radikal bebas kehilangan satu electron dia akan mencuri satu electron dari dalam sel badan kita lalu merosakkannya.

Jahat laa radikal bebas nie dah laa memang takda pasangan pastu main kebas aje pasangan orang lain pastu tak nak jada elok-elok sesiakan dan musnahkan. Cam cite zombie kampong pisang tu pas satu orang kene makan ngan zombie bertambah lagi zombie… cam tu laa keje radikal bebas nie.
Kalau kita tak kawal redikal bebas ini makin lama makin banyak. Sel-sel tubuh dan tisu banyak akan rosak boleh menyebabkan banyak penyakit yang akan datang. Penyakit yang paling ditakuti oleh wanita ialah tua sebelum waktunya… 

Oleh itu penting untuk mengambil antioksidan ini. Antioksidan ada terdapat didalam pelbagai sumber. Apabila kita dah ambik antioksidan, radikal bebas ini akan ditukar kepada bahan buangan yang tidak merbahaya. Bahan buangan ini akan disingkirkan dari badan sebelum menimbulkan pelbagai masalah kepada kita. 

Bila kita dah ada ilmu baru laa senang hati nak pilih apa yang terbaik untuk kita amalkan...

Pilihan ditangan anda...Buat laa pilihan yang bijak...
Yang semulajadi tentunya selamat.



Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822  ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...