Showing posts with label ketenangan Jiwa. Show all posts
Showing posts with label ketenangan Jiwa. Show all posts

Friday, August 2, 2019

38 Tahun Terima Kasih Ya allah...

Ya allah arini aku dah 38 tahun... Terima Kasih Ya allah umur yang ko berikan... dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas serta keluarga n teman-teman yang sangat baik dan membantu aku untuk ke syurga mu Ya Allah...

Lagi 2 tahun akan ke umur 40... 

Demikian juga ketika Al-Qur’an memberikan apresiasi tersendiri terhadap tahapan manusia kala mencapai usia 40 tahun yang disebutkan di dalam ayatnya secara eksplisit. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shaleh yang engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (Q.S. al-Ahqâf: 15)

Menurut para pakar tafsir, usia 40 tahun disebut tersendiri pada ayat ini, karena pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fisik, intelektual, emosional, karya, maupun spiritualnya. Orang yang berusia 40 tahun benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan beralih menapaki usia dewasa penuh. Apa yang dialami pada usia ini sifatnya stabil, mapan, kokoh. Perilaku di usia ini karenanya akan menjadi ukuran manusia pada usia-usia berikutnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut tentu dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahunan. Apalagi mereka yang usianya di atasnya. Di dalamnya tampak terkandung uraian berbagai gejala orang yang berusia 40 tahun, yaitu:
  • nikmat yang sempurna telah diterimanya dan diterima oleh orang tuanya,
  • kecenderungan diri untuk beramal yang positif,
  • rumah tangga yang beranjak harmonis,
  • kecenderungan diri bertaubat dan kembali kepada Sang Pencipta, dan
  • ketegasannya mendeklarasikan diri sebagai pemeluk agama Islam.
  • untuk membaca dengan lebih lanjut boleh ke link nie umur-40-tahun-menurut-islam terima kasih tuan empunye blog...

Oleh yang demikian aku harus laa mengigatkan diri nie dan bersiap sedia untuk melangkah ke alam 40 tahun... Ya allah bantu aku untuk terus maju, bertemu dengan orang yang akan membimbing ke syurga mu Ya allah..

Friday, December 26, 2014

Banjir

Sedihnya hati dah 2 minggu rase banjir besar melanda Kelantan, Terangganu, Pahang... sedih sangat duk baca watsapp member yang duk belah-belah yang kene banjir. Kita tak merasi memang tak tekesan tapi yang tengah menghadapi mesti rasa macam kiamat kecil agaknya. YElah mana nak pikir diri sendir, nak pikir kalau ada mak or ayah yang sakit atau tak larat nak gerak anak kecik lagi pastu barang-barang dalam rumah lagi... Ya allah sedih nya kalau duk pikir-pikir kesian diaorang...
Smalam duk watsapp ngan member yang cume kenal di alam maya aje kesian dia orang tak tido semalam sebab takut kalau-kalau air banjir datang cepat.
Macam yang kawan seopis ni crite dia mak na yah dia memang betul-betul tak sangka kampung diakan kene banjir sebesa nie. MEmag dia orang dah nampak air sungai melimpah tapi tak terjangka air akan sampai cepat n tak sempat nak selamatkan apa-apa.. Yang penting semua ahli keluarga dia selamat.



Denga dari berita nie adalah banjir paling teruk dulu ada dah lama dalam tahun 70an macam tu laa..
Ya allah ko ringgan laa penderitaan mereka . Hari cuaca masih mendung. Risau sangat kalau hujan berterusan. N rase nya dah satu kelantan air naik dah.
Kita yang tak terkene banjir nie jom laa sesame menyumbang mana yang mampu. Tak mampu duit boleh berikan pakaian, selimut or apa-apa keperluan yang kita rase bersesuai untuk mangsa banjir.

yang paling sakitnya nanti bile air banjir dah surut n mangsa akan pulang kerumah. Ya allah,,, allah aja yang tahu betapa luluhnya hati tenggok keadaan rumah n kampung  time tu... Penat nak kemas lagi.. Sebab banjir nie bawa lumpur memang penat sangat nak kemas.. Tak laa banyak sangat pengalaman banjir tapi tahu laa sebab kampung saya pun bile hujan lebat seminggu gitu mesti air naik silap-silap air masuk rumah.. sedar-sedar bangun pagi turun dari katil kaki sejuk dah kene air banjir..


Tuesday, September 9, 2014

Penenang Jiwa

Seorang wanita jumpa saya menangis. "Ustaz, saya menangis kerana selalu cubit, marah 3 orang anak saya...Anak-anak saya 8 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.

Kakaknya asyik pukul adiknya. Adiknya asyik cari pasal kakaknya.
Kadang-kadang dia kacau adiknya. Tak berhenti saya marah dan cubit mereka.

Kadang-kadang saya baling semua mainan mereka..lepas tu saya menangis seorang diri. Tak tahu nak cerita pada siapa.

Sebenarnya saya terbawa-bawa kerana suami saya malas. Tidak.bertanggungjawab. tidak bekerja. Keluar dengan kawan-kawan. Saya berusaha berniaga dan lain-lain. Adakah kerana dosa saya yang lalu saya tanggung semua ini? Kerana yang lepas, ini hasilnya hari ni...saya lemah dan tidak mampu.."kata wanita itu.

Dalam fikiran saya, inilah kesan dari seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab..Allah..sedihnya. Seorang wanita yang selalu marah dan pukul anak-anak biasanya berpunca dari stress dengan suami. Anak-anak menunjukkan protes dengan membuat salah dan buat apa sahaja untuk dapat perhatian ibubapa..

Disebalik seorang itu ada manusia yang mengharap perubahannya.

Jawab saya, betul kata puan. Apa terjadi hari ini kerana masa lalu kita. Hari esok kita, hasil usaha dan doa kita hari ini.

Jadi kita ubah hari ini. Esok akan menjadi baik. Atau ia selamanya bertambah teruk dan esok anak-anak akan kata ini semua salah mak ayah saya...Saya yakin puan buat begini kerana suami. Tapi paling saya sedih dan sayu ialah disebalik puan ada anak-anak. Anak-anak yang tidak boleh berfikir seperti kita. Anak-anak yang harapkan kasih sayang dan didikan.

Puan harus berjuang kerana Allah. Buat anak-anak. Hidupkan amalan Ta'lim dalam rumah. Setengah jam cadangan saya. Setiap malam bawa anak-anak bersama. Kita akan dapat rasa suasana rahmat. Tenang jer rumah. Kerana dipenuhi rahmat Allah, malaikat , sakinah, didoakan oleh semua makhluk termasuk ikan dalam laut.

Dalam hadis ada ceritakan tentang Nabi Yunus dengan doa Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minzzolimin. Seperti Allah bantu yunus seperti itu Allah bantu kita. Zikir setiap hari ulama anjurkan paling kurang 300 kali. InshaAllah Allah bukakan jalan keluar..

Puan itu jumpa saya kembali dan ceritakan hidupnya mula tenang. Betul, ustaz sekarang anak-anak saya suka belajar. Dan suka baca al-quran..bila mereka main-main dan sepah-sepah saya dah boleh kawal jiwa. Rasa sayang dan sejuk jer hati. Seronok zikir nabi Yunus dan baca Ta'lim..
Rupanya bila hati tenang segalanya jadi mudah buat saya

Hati luas membuat dunia yang nampak sempit jadi luas..
Hati sempit membuat dunia yang kelihatan luas menjadi sempit.

Segalanya bermula dari hati yang mengenal Allah.
Kembali pada Allah. Itu saja.Wallahuallam.

-Ustaz Ebit Lew-

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...