Thursday, October 17, 2013

Puisi IKIM



 Puisi faveret saya...sangat suka denga...kekadang boleh meremang buku roma... 
part yang paling suke 
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu...
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu

Dah baca mari laa sama sama kita muhasabah diri kita

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu di wudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

Tutuplah aurat mu sebelum aurat mu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih...

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai..
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa..

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah...
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus...
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solatJenazah yang tanpa rukuk dan sujud,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud mu yang telah luput?

Sungguh tertipulah diri mu jika beranggapan demikian.
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat..
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan makanan ulat...
Iringilah dirimu ke masjid,.
Sebelum kamu diiringi ke Pusara...
Tangisilah dosa
dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’...

Sucikanlah dirimu, sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu, sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan...
Berimanlah kamu, sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal..
Bukan yang pergi...

Beristighfarlah kamu sebelum kamu di istighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan...
Ingatlah dimana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan di bumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan...

Justeru bila DIA menyeru,..sambutlah seruan
NYA
Sebelum DIA memanggil mu buat kali yang terakhirnya...
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti.
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu..

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu...
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat...
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat...
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia...
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia...

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan...
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan...
Pada hari itu tiada berguna Harta,..takhta dan putera..
Isteri,.. kad kredit dan kereta..
Kondominium..,saham.dan niaga...

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...



Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822  ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Monday, October 14, 2013

Hobi Baru - DIY Pom Pom Rug

gamba dr en google

tq en google

ini laaa aktiviti akan dilakukan.. 
insyaallah masuk rumah baru nanti dah boleh gune 
carpet pom pom
nampak macam senang 
belum mula lagi
misi saya akan bermula dari hari ini
hari ini mencari bahan-bahannya dahulu
sejak dah ada anak kene cari sesuatu yang tidak memerlukan tempat yang khusus
kalau ada anak yang dah besa ckit boleh buat sesama dengan mereka
kira aktiviti mommy n anak laa
kira boleh buat part time laa
sambik tengok tv boleh
dalam kereta boleh buat - mampus hubby marah besepah tak jadi
waktu rehat pun boleh buat
tutorial boleh cari dari dalam intenet
123 mula

Friday, October 11, 2013

Selamatkah vaksin untuk anak kita

Sejak semenjak lima enam bulan nie asyik baca status kat fb pasal kawan-kawan menolak untuk tidak memberi vaksin kepada anak mereka..
saya menjadi tertanya-tanya kenapa?
apa yang saya baca kerana isu tidak halal... mendatangkan lagi penyakit kepada kanak-kanak
sungguh lah saya tak faham berkenaan isu ini... hari baru sempat untuk cari maklumat berkenaan dengan vaksin yang kita beri kepada anak kita sepanjang umur setahun mereka..




Imunisasi

Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit yang boleh dicegah oleh imunisasi. Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), K1Malaysia dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Imunisasi yang diberikan ialah untuk mencegah penyakit:-
i)   BCG –TB (Batuk Kering)
ii)   Hepatitis B
iii)  Diptheria (Sakit Kerongkong)
iv)  Pertussis (Batok Kokol)
v)  Tetanus (Sawan di kalangan bayi baru lahir)
vi)  HiB (angkitan paru-paru/jangkitan selaput otak)
vii) Polio
viii) MMR (Campak/Beguk / Rubella)
Bayi dan kanak-kanak perlu diberikan suntikan vaksin mengikut jadual umur yang telah ditetapkan agar bayi dan kanak-kanak mendapat perlindungan yang optima.
Sebagai contoh; Imunisasi Hepatitis B akan diberi sebaik sahaja dilahirkan imunisasi BCG pula diberi pada keesokan harinya atau sebelum dibenarkan pulang. Hepatitis B akan diberikan seterus nya semasa bayi berumur 2 bulan dan 6 bulan.
Jenis vaksin serta tarikh suntikan diberi akan dicatat oleh jururawat bertugas ke dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak (0-6 tahun). Ibubapa dan penjaga kanak-kanak diminta untuk menyemak samada imunisasi ini diberi atau tidak dan pastikan ianya dicatat

 


Jom kita baca ape kata mereka:

 drzubaidi
kenyataan media dari KKM

So pilihan ditangan anda... buat laa keputusan yang bijak. 

Thursday, October 3, 2013

Doa Perlindunggan Untuk Bayi



Assalamualaikum & selamat sejahtera

Kelmarin saya dengar tentang pendidikan anak-anak melalui radio
IKIM.fm. Katanya anak-anak perlu dididik dari dalam perut dan
berterusan sehingga besar. Waktu yang paling kritikal untuk didikan
anak-anak adalah dari 0-6 tahun.

Pada masa inilah perlu diterapkan nilai-nilai yang baik dan tunjukkan
contoh yang baik pada anak-anak. Bagaimana sekiranya baizura telah
pun terlepas waktu didikan anak sejak dari dalam perut.
Masih belum terlambat.

Amalkan mendoakan anak-anak. Antara doa yang boleh diamalkan adalah :
Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam berdoa utk perlindungan
Hasan dan Husain beliau membaca:
"Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dgn kalimat-kalimat
Allah yg sempurna dari segala setan binatang yg berbisa dan
pandangan mata yg jahat."
HR. Al-Bukhari 4/119. sumber : Kitab Hisnul Muslim - Kumpulan Doa
dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah, Said bin Ali Al Qathani

Kawan-kawan juga boleh mengamalkan memberi nasihat kepada anak-anak semasa
menyusukan anak ataupun setelah anak tidur. Walaupun anak sedang
tidur, minda di luar sedar mereka masih berfungsi.

Setiap malam, usap kepala anak-anak sambil memberi pesanan. Kawan-kawan
boleh berpesan supaya anak sentiasa baik, jadi anak yang rajin,
pandai dan sebagainya. Sekiranya ada perbuatan anak yang kawan-kawan
tidak suka, kawan-kawan juga boleh memberitahu pada saat ini.

Akhir kata, berbuat baiklah kepada anak-anak, tunaikan hak-hak mereka
kerana mereka akan bertindak seperti mana kita bertindak terhadap
mereka kelak.

Credit Hanis Amin
Admin Rahsia Tangisan Bayi
http://rahsiatangisanbayi.com
Terima kasih diatas perkongsian ilmu nya


Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822  ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Wednesday, October 2, 2013

Antioksidan dengan penyakit peberet rakyat Malaysia

Hari nak kongsi berkenaan dengan antioksidan... Saya pun baru faham ape itu antioksida ini.
rasa terpanggil untuk memahami antioksidan ini selepas sorang spupu shaklee bertanya boleh ke orang yang kanser dan tengah kimo ambik produk anti oksida nie... so sifu saya bagi penjelasan tak boleh sebab antioksida dia sangat tinggi.. so ape kaitannya
Saya pun mulalah menelaah apa antioksidan nie...

 Antioksidan
Satu bahan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (molekul tidak stabil yang dibuat oleh proses pengoksidaan semasa metabolisme normal). Radikal bebas boleh memainkan peranan dalam kanser, penyakit jantung, strok, dan lain-lain penyakit penuaan. Antioksidan termasuk beta-karotena, lycopene, vitamin A, C, dan E, dan lain-lain bahan semula jadi dan perkilangan.
sumber bertauliah.

kiranye antioksida ini adalah bahan yang akan melindungi sel-sel dalam badan kita dari rosak kerana terdedah dari redikal bebas. 


umpama berginu laa antioksida bertindak menentang radikal bebas


Antioksidan merupakan zat yang mampu memperlambat atau mencegah proses oksidasi.[1]
Zat ini secara nyata mampu memperlambat atau menghambat oksidasi zat yang mudah teroksidasi meskipun dalam konsentrasi rendah.[2] Antioksidan juga sesuai didefinisikan sebagai senyawa-senyawa yang melindungi sel dari efek berbahaya radikal bebas oksigen reaktif jika berkaitan dengan penyakit, radikal bebas ini dapat berasal dari metabolisme tubuh maupun faktor eksternal lainnya.[2] Radikal bebas adalah spesies yang tidak stabil karena memiliki elektron yang tidak berpasangan dan mencari pasangan elektron dalam makromolekul biologi.[rujukan?] Protein lipida dan DNA dari sel manusia yang sehat merupakan sumber pasangan elektron yang baik.[rujukan?] Kondisi oksidasi dapat menyebabkan kerusakan protein dan DNA, kanker, penuaan, dan penyakit lainnya.[3] Komponen kimia yang berperan sebagai antioksidan adalah senyawa golongan fenolik dan polifenolik.[rujukan?] Senyawa-senyawa golongan tersebut banyak terdapat dialam, terutama pada tumbuh-tumbuhan, dan memiliki kemampuan untuk menangkap radikal bebas.[4] Antioksidan yang banyak ditemukan pada bahan pangan, antara lain vitamin E, vitamin C, dan kerotinoid. fakta ini saya ambil dari wikipedia.

Dari pembacan saya, majalah isihat oktober 2013. Punca sebenar penyakit kronik adalah disebabkan kurang mengambil antioksidan hingga boleh menyebabkan pelbagai peyakit.
Penyakit diabetes, aterosklerosis dan darah tinggi adalah salah satu penyakit peberet orang Malaysia.  


Menurut Prof Srijit Das. Dan pemahaman saya radikal bebas ini adalah produk sampingan dari metabolism badan kita. Stress oksidatif menghasilkan spesis oksigen reaktif(ROS) iaitu radikal bebas. Bila radikal bebas kehilangan satu electron dia akan mencuri satu electron dari dalam sel badan kita lalu merosakkannya.

Jahat laa radikal bebas nie dah laa memang takda pasangan pastu main kebas aje pasangan orang lain pastu tak nak jada elok-elok sesiakan dan musnahkan. Cam cite zombie kampong pisang tu pas satu orang kene makan ngan zombie bertambah lagi zombie… cam tu laa keje radikal bebas nie.
Kalau kita tak kawal redikal bebas ini makin lama makin banyak. Sel-sel tubuh dan tisu banyak akan rosak boleh menyebabkan banyak penyakit yang akan datang. Penyakit yang paling ditakuti oleh wanita ialah tua sebelum waktunya… 

Oleh itu penting untuk mengambil antioksidan ini. Antioksidan ada terdapat didalam pelbagai sumber. Apabila kita dah ambik antioksidan, radikal bebas ini akan ditukar kepada bahan buangan yang tidak merbahaya. Bahan buangan ini akan disingkirkan dari badan sebelum menimbulkan pelbagai masalah kepada kita. 

Bila kita dah ada ilmu baru laa senang hati nak pilih apa yang terbaik untuk kita amalkan...

Pilihan ditangan anda...Buat laa pilihan yang bijak...
Yang semulajadi tentunya selamat.



Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822  ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...