Nak
kurus mesi tahu apa itu kalori... Yelah asal nak kurus mesti cerita
pasal kalorikan... Apa kebenda laa kalori...jom kita kenal sapa kalori
niee ek...
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana
tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia
akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan
pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
No comments:
Post a Comment