Di bawah ini akan dikongsikan tips yang
anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.
1.
Angkat berat
Boleh dikatakan setiap gim menyediakan
alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling
berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda
perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu.
Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli
dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan ! Selain itu,
anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air
di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.
2.
Makanan
Anda mestilah tahu apa yang anda makan
dan bijak mengawal pemakanan harian anda. Anda perlu bijak menggabungkan
kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang
langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah
sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah
karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari
kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih
cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap
hari.
3.
Minum banyak air
Air adalah medium yang paling penting
untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tapi anda perlu berhati-hati
kerana minum air secara berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada anda.
Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang
paling baik.
4.
Aerobik
Aerobik merupakan antara cara yang
paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus
juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua
belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai
hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan
tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di
bawah.
Anda juga boleh melakukan latihan
menumbuk dengan membayangkan yang anda sedang menumbuk sesuatu untuk
mendapatkan lengan yang pejal dan cantik.
5.
Boxing
Boxing merupakan salah satu cara yang
popular di kalangan mereka yang menjalani kehidupan sihat untuk mendapatkan
lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’
ini akan membantu membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta
boleh membentuk lengan yang cantik.
6.
Push-up
Push-up dapat membantu mendapatkan
lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan
tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah
satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang
cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan.
Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket
untuk kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian anda
samada anda mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat
tertentu. Sekiranya anda mengamalkan aktiviti sihat, anda tidak boleh
tergopoh-gapah untuk melihat hasilnya. Anda perlu bersabar kerana kadang-kadang
ia boleh menunjukkan hasil dengan pantas, dan kadang-kadang sebaliknya.
Apa sekalipun, anda janganlah mudah
berputus asa. Anda perlu berusaha dengan gigih ke arah apa yang anda impikan
dan lengan yang kurus dan cantik adalah salah satu impian yang mesti dicapai !
It’s okay jika anda kata anda akan mulakan esok atau lain masa. Tapi anda perlu
ingat, you reap what you sow!
Credit idola fitnes saya
Credit idola fitnes saya
Shaklee
Independent Distributor
ID NO
- 888554
Page Fb - yuyaisihat
watsapp / msg / call / 016 – 3237822
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,
merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment