Friday, July 25, 2014

Tip diet dan kesihatan semasa berhari raya

Berhari Raya dengan Shaklee - On Diet

Salam JUmaat semua...
Tinggal lagi 2 hari nak raya... sronoknya nak raya....

 Yelah setahun sekali kan raya... semua orangkan pakai baju baru... yang paling best tentang raya ialah dapat makan, makanan yang istimewa... balik kg Rembau yang best rendang daging, Kuah nasi impit mak ngah,,, tapai umah wan indok... balik umah mentua kari ayam dengan ketupap kuih lodeh.. kira nya juadah nie semua memang buat dengan penuh kasih sayang laa tu sedapnya tak sama dengan hari biasa... tak saba nye nak makan,,,nak makan,,,

Upsss kepada yang diet tu kene laa rancang ape yang nak di santap nanti... ke 1 Hari Raya no diet???? pastu 2 hari raya on diet smula... boleh ketahan nafsu makan tu.... APe kate ikut tip yang saya kongsi ni... diet tetap diet...makan tetap makan...

1. Kita jaga kalori kita... Apa yang kita makan tu kite mesti ambil tahu kalorinya... makan berpada-pada umpama nak merasa aje... atau satu rumah satu menu sahaja... elak kan minum air manis.. dah boleh kurangkan kalori dah ..

2. Banyak mana biskut raya yang anda perlukan?
Ah yes, biskut raya tu memang wajib! Takkan tak nak makan langsung. Yang penting di sini adalah
kawalan jumlah kuantiti biskut yang penuh dengan lemak + gula-gula ringkas + ia tidak mengenyangkan.
Kira-kira: 1x biskut raya mengandungi 35 kalori, kalau makan 10 dah 350kcal. Itu baru satu rumah. Kalau 50 rumah berbuka sepanjang bulan syawal, itu dah 17,500kcal atau 2.3kg.

3. Ambik LEcithin untuk menyekat dari lemak-lemak yang tidak sepatutnya berkumpul semula.. ok ape ade penghalang.. ambik 2 biji sebelum lunch... YElah takut baju tetiba sendat... mana tak sendatnya buat baju kurung moden yang memang ikut body nye pesen... aaa kene laa berhati-hati... yang lelaki pluk tepaksa buka kancing seluar sebab perut dah maju kedepan..
4. Alfalfa untuk membuang toksid.. apa tak bertoksid nya dalam badan...Abis semua nak di makannya.... air pluk minum air yang bergas memang dah pasti laa menambah toksid dalam badan.. Mium manis,,Makan yang masin-masin pastu serbuk perasa.. Takpe ambik alfalfa boleh membantu untuk buang toksid dalam badan dan boleh kurangkan gemuk air juga..
5. Herbalax untuk mencuci usus.. Apa lagi ambik 2 biji sebelum tido kasi cuci usus...pepagi sok takde masalah sembelit lancar aje perjalanan keluar semua yang ada di dalam usus tu.. Bile usus dah bersih baru laa kulit nampak berseri-seri.. macam seri pengantin baru...Eh kesitu pluk...
Alfalfa & Herblax nie berfungsi sebagai fiber di dalam usus yang akan bergabung dengan kolestrol, air dan mineral berlebihan dan dikeluarkan sebagai najis..
6. Ni produk baru dari Shaklee Phytocol-ST tugasnya untuk menghalang penyerapan kolestrol... Telah jiuji dimakmal dan Phytocol-ST ini mampu menghalang penyerapan kolestrol di dalam badan sehingga 80%. Haaa sangat bagus.. sebabnya kolestrol nie penyakit yang orang kurus boleh dapat yang gemuk lagi laa boleh dapat juga.. So ambik 2 biji sebelum makan untuk nak menghalang kolestrol dari menyerap dalam usus kite..


7. Minum Air Kosong. Bagi saya, keistimewaan dan keenakan hari raya terletak pada makanan ketupat, lemang dll dan bukan pada minuman. Jadi untuk elak kalori daripada minuman, minumlah air kosong atau minumminuman yang tidak berkalori seperi kopi-Okosong, teh-O-kosong, Diet Coke dan lain-lain.
Kira-kira: Kalau anda minum 2x gelas air manis di setiap rumah terbuka (jumlah kalori 1x gelas katakan dalam 60kcal), kalau 50 rumah terbuka
= 6,000 kcal atau 0.8kg.Banyakkan minum air masak juga.

Ni antara tip-tip yang saya boleh kongsi dengan anda semua..
So untuk saya no diet-diet makan tapi kene juga ada had nya... kang telebih makan jadi ular sawa batik duk senyap kekenyanggan...kahkahkahkah...

Upss sebelum terlupa saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca YUYAISIHAT.. harapan saya apa yang saya kongsi disini boleh memberi manfaat kepada yang membaca.. Kepada yang ingin mendapatkan produk shaklee atau ingin bertanya mengenai produk shaklee atau pun ingin menjadi ahli untuk menjana pendapatan sampingan boleh laa caling caling saya NOOR BAIZURA 016-3237822 @ pm saya di https://www.facebook.com/yuya.nbm

SELAMAT HARI RAYA SEMUA AMPUN MAAF DIPINTA JIKA ADA KEKURANGAN DAN TERASA HATI... KOSONG KOSONG

Wednesday, July 23, 2014

Zikir Taubat nasuha - amalan yang boleh dilakukan semasa haid di bulan Puasa


Salam 25 Ramadhan.. Rasa kejap aje dah nak abis ramadhan.. Kali nie saya rasa terlalu sayu untuk melepaskan ramadhan... Bulan beribu-ribu rahmat... seluas-luasnya pintu syauga di buka.. Amal ibadat yang dibaut semua mendapat gandaan... Ya Allah aku berdoa akan ada lagi Ramadhan untuk aku Ya Allah...

Tinggal lagi 5 hari nak raya dah... jom kekawan kita perbanyakkan zikir dan selawat.
Bagi yang datang bulan tu jangan risau dan susah hati... Yelah kan nak kejar 10 malam terakhir datang bulan pluk...mesti cam rasa kecewa ckitkan... tak pe datang bulan pun yang beri dari Allah.
Jom kite cek apa yang boleh kite lakukan untuk golongan yang datang bulan nie A.K.A time siang boleh makan...syok ooo g shoping balik boleh minum air sambil buat kuih raya boleh ngap....uuuupssss

.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
                                               a.      Bermunajat
                                               b.      Bertafakur
                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.


Monday, July 7, 2014

Bangkit laa wahai bangsa ku....

Hari ini wife tak sempat masak. Kami pergi kawasan kedai ada gerai makan. Ada seorang peniaga indonesia menjual nasi lemak. Saya pernah berbual dengan beliau yang datang setelah suami dapat IC merah. Beliau belajar buat nasi lemak dan masakan-masakan melayu. Kini beliau sudah mampu menggaji 2 orang pekerja. Beliau berniaga dari jam 6 petang hingga 1 pagi. Pendapatan bersih sekitar RM1000-2000 sehari.
Saya juga pernah beli lemang raya di Subang Jaya. Penjualnya Bangladesh dan saya tanyakan mereka "Bangla pun pandai buat lemang?" Mereka jawab..."ini boss Melayu punya".
Saya kurang percaya dan setelah dikorek mereka mengaku itu projek ekonomi yang mereka kongsi-kongsi. Juga belajar cara buat lemang dan rendang dari orang Melayu dan menjualnya. Mereka bergilir jaga kedai kerana mereka ada shift kerja antara kerja di tapak pembinaan dan menjual lemang. 300-500 batang lemang boleh dijual sehari dengan harga sekitar rm10-15 sebatang. Rendang pula dikira secara berasingan.
Setelah saya berbaik dengan mereka, saya dapatlah korek yang mereka berniaga dengan menyewa permit orang Melayu dan mereka akan lakukan apa-apa sahaja untuk dapatkan IC merah. Kemudian sekeluarga mereka akan turut ditaja.
Mereka ini semua sangat rajin berusaha. Saya hormati kegigihan mereka. Tidak memilih kerja dan tidak malu berniaga.
Boleh jadi, 1 hari nanti, Orang Melayu akan digaji dek Indon dan Bangla yang hari ini bekerja sebagai kuli kang meminjam permit orang kita.
Hari ini, kita jadi "Tuan Rumah" yang pandai sangat bicara tentang "ketuanan" sedangkan syarikat yang kita kerja juga tuannya ialah "orang datang". Lagi sedih, kita masih malas lagi berusaha dan sering nak salahkan orang lain.
Sama sahaja kita dengan atuk-atuk kita dulu yang melepak di warung minum teh hirup dari ceper berjam-jam sambil tengok gusti dan bersorak serta memaki hamun ahli-ahli gusti di kaca tv. Bezanya, kita tidak menonton gusti tetapi "wayang-wayang politik" yang tak habis-habis. "Orang Datang" tak kisah semua itu dan terus berusaha. Mereka masih hidup senang walaupun mereka tak kenalpun nama Perdana Menteri Malaysia.
Bukan untuk jadi rasis tapi nak bangunkan Tuan Rumah yang "koma" lama. Semasa kita tersedar nanti, semuanya milik kita sudah hilang. Bangunlah...


Situasi realiti pahit
SAIFUL NANG

credit saiful nang

saya sanggat stuju ape yang di tuliskan oleh beliau... memang rase pedih hati bile melihat orang melayu... anak jati Malaysia dikulikan oleh bangla..... saya tak tahu ape perasan mereka bile bangla menjadi bos pada mereka.... tak rasa terhina kah? saya yang melihat pun rasa terhina na tak sanggup...

NIe adalah cerita realiti yang terjadi pada saya... ya allah sedih nak diingatkan semula... rasa nye kejadiaan nie 5 tahun dahulu... saya pergi ke Equin park di serdang untuk mencari perabot... Ok laa dah jumpe kedai nya dan perabot pun telah dipilih.. so tokey berjanji akan menghantar perabot berkenaan pada esok hari selepas opis hour...

Sampau laa waktu yang di janji kan... perabot yang di oder sudah sampai di rumah... yang datang menghantar adalah pekerja tokey kedai berkenaan ada 3 orang 2 orang bangla dan seorang melayu...
perabot sudah dapat kene laa bayar baki duit nya...

saya pun bayar laa baki duit kepada yang melayu sebab saya berfikir kita duduk di Malaysia mesti laa tokey lebih bercaya n memberi jawatan ketua kepada melayu itu... ketua kuli camtu laa... tapi sangkaan saya meleset lelaki melayu itu cakap beri duit pada dia... si bangla... Ya allah time tu tiba-tiba rase darah saya naik kerana marah...

Apa dah jadi sekarang??
Wahai melayu semua tolong laaa bangkit jangan sibuk nak bergosip politik... apa yang ko dapat bergosip-gosip???
Tolong laa pikirkan sejenak... pikirkan pewaris yang akan datang... takkan mereka nak kan bertuan bangsa pendatang yang asalnya kuli...
Cukup-cukup laa dulu salah kan british sebab mengasingkan dan mempuakkan melayu hanya di kampung, cina duduk di bandar india duduk di estet...

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...