Monday, July 7, 2014

Bangkit laa wahai bangsa ku....

Hari ini wife tak sempat masak. Kami pergi kawasan kedai ada gerai makan. Ada seorang peniaga indonesia menjual nasi lemak. Saya pernah berbual dengan beliau yang datang setelah suami dapat IC merah. Beliau belajar buat nasi lemak dan masakan-masakan melayu. Kini beliau sudah mampu menggaji 2 orang pekerja. Beliau berniaga dari jam 6 petang hingga 1 pagi. Pendapatan bersih sekitar RM1000-2000 sehari.
Saya juga pernah beli lemang raya di Subang Jaya. Penjualnya Bangladesh dan saya tanyakan mereka "Bangla pun pandai buat lemang?" Mereka jawab..."ini boss Melayu punya".
Saya kurang percaya dan setelah dikorek mereka mengaku itu projek ekonomi yang mereka kongsi-kongsi. Juga belajar cara buat lemang dan rendang dari orang Melayu dan menjualnya. Mereka bergilir jaga kedai kerana mereka ada shift kerja antara kerja di tapak pembinaan dan menjual lemang. 300-500 batang lemang boleh dijual sehari dengan harga sekitar rm10-15 sebatang. Rendang pula dikira secara berasingan.
Setelah saya berbaik dengan mereka, saya dapatlah korek yang mereka berniaga dengan menyewa permit orang Melayu dan mereka akan lakukan apa-apa sahaja untuk dapatkan IC merah. Kemudian sekeluarga mereka akan turut ditaja.
Mereka ini semua sangat rajin berusaha. Saya hormati kegigihan mereka. Tidak memilih kerja dan tidak malu berniaga.
Boleh jadi, 1 hari nanti, Orang Melayu akan digaji dek Indon dan Bangla yang hari ini bekerja sebagai kuli kang meminjam permit orang kita.
Hari ini, kita jadi "Tuan Rumah" yang pandai sangat bicara tentang "ketuanan" sedangkan syarikat yang kita kerja juga tuannya ialah "orang datang". Lagi sedih, kita masih malas lagi berusaha dan sering nak salahkan orang lain.
Sama sahaja kita dengan atuk-atuk kita dulu yang melepak di warung minum teh hirup dari ceper berjam-jam sambil tengok gusti dan bersorak serta memaki hamun ahli-ahli gusti di kaca tv. Bezanya, kita tidak menonton gusti tetapi "wayang-wayang politik" yang tak habis-habis. "Orang Datang" tak kisah semua itu dan terus berusaha. Mereka masih hidup senang walaupun mereka tak kenalpun nama Perdana Menteri Malaysia.
Bukan untuk jadi rasis tapi nak bangunkan Tuan Rumah yang "koma" lama. Semasa kita tersedar nanti, semuanya milik kita sudah hilang. Bangunlah...


Situasi realiti pahit
SAIFUL NANG

credit saiful nang

saya sanggat stuju ape yang di tuliskan oleh beliau... memang rase pedih hati bile melihat orang melayu... anak jati Malaysia dikulikan oleh bangla..... saya tak tahu ape perasan mereka bile bangla menjadi bos pada mereka.... tak rasa terhina kah? saya yang melihat pun rasa terhina na tak sanggup...

NIe adalah cerita realiti yang terjadi pada saya... ya allah sedih nak diingatkan semula... rasa nye kejadiaan nie 5 tahun dahulu... saya pergi ke Equin park di serdang untuk mencari perabot... Ok laa dah jumpe kedai nya dan perabot pun telah dipilih.. so tokey berjanji akan menghantar perabot berkenaan pada esok hari selepas opis hour...

Sampau laa waktu yang di janji kan... perabot yang di oder sudah sampai di rumah... yang datang menghantar adalah pekerja tokey kedai berkenaan ada 3 orang 2 orang bangla dan seorang melayu...
perabot sudah dapat kene laa bayar baki duit nya...

saya pun bayar laa baki duit kepada yang melayu sebab saya berfikir kita duduk di Malaysia mesti laa tokey lebih bercaya n memberi jawatan ketua kepada melayu itu... ketua kuli camtu laa... tapi sangkaan saya meleset lelaki melayu itu cakap beri duit pada dia... si bangla... Ya allah time tu tiba-tiba rase darah saya naik kerana marah...

Apa dah jadi sekarang??
Wahai melayu semua tolong laaa bangkit jangan sibuk nak bergosip politik... apa yang ko dapat bergosip-gosip???
Tolong laa pikirkan sejenak... pikirkan pewaris yang akan datang... takkan mereka nak kan bertuan bangsa pendatang yang asalnya kuli...
Cukup-cukup laa dulu salah kan british sebab mengasingkan dan mempuakkan melayu hanya di kampung, cina duduk di bandar india duduk di estet...

No comments:

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...