Tuesday, May 14, 2013

mUDA DAN meNAWAN Shaklee - Majalah IsIhat



Shaklee Independent Distributor
ID NO - 888554

Page Fb - yuyaisihat
watsapp / msg / call / 016 – 3237822
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Vivix - Shaklee


Satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap sellular

Setahun yang lalu, Shaklee memperkenalkan Vivix, produk supplement revolusionari anti penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta botol vivix telah pun dijual.

Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh shaklee Syarikat No.1 supplemet makanan di Amerika.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahapsellular.

 

Shaklee Independent Distributor
ID NO - 888554
Page Fb - yuyaisihat
watsapp / msg / call / 016 – 3237822
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Friday, May 10, 2013

Adakah Kita Perlukan Suplemen?

Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 23 November 2012

Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

Menjaga kesihatan jantung.

• Meningkatkan tahap tenaga

• Meningkatkan sistem imun tubuh

• Menguatkan tulang

• Kesihatan mata dan penglihatan

• Menjaga kualiti kulit sihat

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah

• Wanita hamil dan menyusu anak

• Pengamal diet yoyo

• Perokok

• Pengamal vegetarian

• Pemnium alkohol yang kerap

• Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.

• Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.

• Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

Tuesday, May 7, 2013

Cirit-birit - kanak-kanak -petua


Minggu lepas balqis kene serang muntah-muntah n cirit birit hilang sekilo berat balqis...
Kecian dia... dah kurus keding... Pergi Az-zahrah dapat ubat demam n antibiotik....
Seminggu jugak balqis deria sakit perut...

Balik kampung uwan g blakang umah cari kudup bunga senduduk...
tumbuk sampai kuar air bagi balqis minum.... alhamdullih pas dua kali minum dalam 10ml gitu....
alhamdullillah berjaya.... sakit perut balqis menghilang dan sihat...
Dulu time balqis umo 2 bulan pun ade kene cirit birit arwah yang suh bagi kat balqis....
Caranye saya kunyak sampai kuar air n lepas tu titiskan sedikit kat mulut balqis... Alhamdullilah lepas tu sihat dah cirit birit balqis...
Tersanggat berguna tumguhan yang ade disekeliling umah kita sebenarnyaa...
Tapi ilmu mesti ada baru tumguhan tu bermanfaat dan berguna pada manusia..

Sakit gigi pun sesuai makan yang cam buah tu.....



Tuesday, April 23, 2013

PENJAGAAN LUKA BERSALIN






Oleh: EDITORIAL PAMA

Tarikh: 1 Oktober 2012

Episotomi dan caesarean merupakan 2 jenis luka bersalin yang biasa didengar.

Episotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Episotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak.

Luka caesarean adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.

Luka bagi episotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episotomi benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benangnya yang digunakan ialah cat gut dan vicryl. Menurut beliau lagi, setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri. Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.

Luka sembuh

Bagi luka episotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor.

Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

Doktor lazimnya akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E. Dr. Khairiah memberitahu bahawa ‘keloid’ wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.

“Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit.




zura
Shaklee Independent Distributor
ID NO - 888554
Page Fb - yuyaisihat
watsapp / msg / call / 016 – 3237822
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Friday, March 29, 2013

Belon Udara Panas 2013

Dah kembali
Belon udara panas...
Pagi tadi pergi kerja dah nampak belon naik... kali nie rase nyaa sangat banayk ok belon nyee...
Menarik...
Parking tengok dah penuh... nie mesti yang datang pagi tadi kul 4.00 saho kat cni...
Belon nie akan kuar pagi n petang jeee... n kalau cuaca mengizinkan naik laaa belon tu berterbanggan di udara...
Ramai laa pluk yang brentikan kreta tepi jambatan tgk belon tu....
Boleh jalan tak g paarking... orang dah lambat nak g keje nie...
haaayoooo betul laa...
keratan akhbar Mstar Online...

PUTRAJAYA: Lebih 20 belon udara panas dari 14 negara akan menghiasi ruang udara Putrajaya sempena Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013 dari 28 Mac hingga 31 Mac di Monumen Alaf Baru di Presint 2, di sini.


Belon udara panas dari negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Belgium, Jerman, Sepanyol, Poland, Australia, Jepun, Thailand dan Vietnam akan menghiasi ruang udara Putrajaya, diterbangkan pengendali belon udara panas terkemuka pada fiesta kali ke-5 selama empat hari itu bertema "1 World, 1Malaysia and 1 Fiesta".



Pengunjung ke fiesta akan berpeluang menyaksikan belon udara panas berbentuk monyet, badut, kucing dan karakter kartun terkenal - The Smurf and Buzzy.


5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

Tarikh : 28 Mac 2013 (Khamis) - 31 Mac 2013 (Ahad)

• 30 Mac (Sabtu) - Night Glow

• 31 Mac (Ahad) - Balloon Music Festival

Masa : 7.00 pagi - 9.00 malam (setiap hari)

Tempat : Monumen Alaf Baru, Precinct 2, Putrajaya

Maklumat lanjut : http://www.myballoonfiesta.com/

Jangan lupa untuk Like FanPage Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta





 

Tuesday, March 26, 2013

bahaya ulser ~ kanak-kanak

Minggu lepas balqis kene ulser.... cian sangat  dia... seminggu tak makan nasi
Minum susu ajeee
Memula kene ade tompok putih di bibir atas 2 tompok...
Sok petang ambik dari umah pengasuh dah penuh ujung lidah tompok putih....ulser nie terlalu cepat laa merebak...takut tenggok tompok-tompok putih
Ape lagi terus gklinik azarah.... dokter cek cume ulser demam takde..
Dokter nasihat kat kami utk warded ufairah.... so cam tekejut kate ok tapi nape kene tinggsl otel 5 bintang nie...
Tanye dokter nape..... jeng..jeng...
Dokter Takut ufairah hiydration.... so bile masuk wad nanti ubatnyee masuk airjeaa....
Ya allah tak sanggup k.... dulu dah penah tgk dia time kene demam panas...
Lagi pun ufairah rajin minum susu.... so dokter kate ok ifcamtu... tapi kalau dia tak minum susu kene datang balik..
Untuk cepat sembuh letak ubat slalu n minum susu bebyk...
Ufairah nie memang cekal kalau sakit dari kecik lagi dah nampak...
Bekepit ajee ngan cucu... jap jap minum cucu....  dalam tiga ari dah ok... alhamdulillah...
SO MOMMY MOMMY SMUA ULSER NIE BAHAYA GAK TAU YEALAH.... DAH LAH SAKIT BOLEH JADI DYHIDRATION TAU...

Nie ilmu yang dapat dikongsi.....

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...