Thursday, October 3, 2013

Doa Perlindunggan Untuk Bayi



Assalamualaikum & selamat sejahtera

Kelmarin saya dengar tentang pendidikan anak-anak melalui radio
IKIM.fm. Katanya anak-anak perlu dididik dari dalam perut dan
berterusan sehingga besar. Waktu yang paling kritikal untuk didikan
anak-anak adalah dari 0-6 tahun.

Pada masa inilah perlu diterapkan nilai-nilai yang baik dan tunjukkan
contoh yang baik pada anak-anak. Bagaimana sekiranya baizura telah
pun terlepas waktu didikan anak sejak dari dalam perut.
Masih belum terlambat.

Amalkan mendoakan anak-anak. Antara doa yang boleh diamalkan adalah :
Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam berdoa utk perlindungan
Hasan dan Husain beliau membaca:
"Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dgn kalimat-kalimat
Allah yg sempurna dari segala setan binatang yg berbisa dan
pandangan mata yg jahat."
HR. Al-Bukhari 4/119. sumber : Kitab Hisnul Muslim - Kumpulan Doa
dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah, Said bin Ali Al Qathani

Kawan-kawan juga boleh mengamalkan memberi nasihat kepada anak-anak semasa
menyusukan anak ataupun setelah anak tidur. Walaupun anak sedang
tidur, minda di luar sedar mereka masih berfungsi.

Setiap malam, usap kepala anak-anak sambil memberi pesanan. Kawan-kawan
boleh berpesan supaya anak sentiasa baik, jadi anak yang rajin,
pandai dan sebagainya. Sekiranya ada perbuatan anak yang kawan-kawan
tidak suka, kawan-kawan juga boleh memberitahu pada saat ini.

Akhir kata, berbuat baiklah kepada anak-anak, tunaikan hak-hak mereka
kerana mereka akan bertindak seperti mana kita bertindak terhadap
mereka kelak.

Credit Hanis Amin
Admin Rahsia Tangisan Bayi
http://rahsiatangisanbayi.com
Terima kasih diatas perkongsian ilmu nya


Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 016-3237822  ;) www.facebook.com/Yuyaisihat

No comments:

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...