saya menjadi tertanya-tanya kenapa?
apa yang saya baca kerana isu tidak halal... mendatangkan lagi penyakit kepada kanak-kanak
sungguh lah saya tak faham berkenaan isu ini... hari baru sempat untuk cari maklumat berkenaan dengan vaksin yang kita beri kepada anak kita sepanjang umur setahun mereka..
Imunisasi
Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit yang boleh dicegah oleh imunisasi. Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), K1Malaysia dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Imunisasi yang diberikan ialah untuk mencegah penyakit:-
i) BCG –TB (Batuk Kering)
ii) Hepatitis B
iii) Diptheria (Sakit Kerongkong)
iv) Pertussis (Batok Kokol)
v) Tetanus (Sawan di kalangan bayi baru lahir)
vi) HiB (angkitan paru-paru/jangkitan selaput otak)
vii) Polio
viii) MMR (Campak/Beguk / Rubella)
Bayi dan kanak-kanak perlu diberikan suntikan vaksin mengikut jadual umur yang telah ditetapkan agar bayi dan kanak-kanak mendapat perlindungan yang optima.
Sebagai contoh; Imunisasi Hepatitis B akan diberi sebaik sahaja dilahirkan imunisasi BCG pula diberi pada keesokan harinya atau sebelum dibenarkan pulang. Hepatitis B akan diberikan seterus nya semasa bayi berumur 2 bulan dan 6 bulan.
Jenis vaksin serta tarikh suntikan diberi akan dicatat oleh jururawat bertugas ke dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak (0-6 tahun). Ibubapa dan penjaga kanak-kanak diminta untuk menyemak samada imunisasi ini diberi atau tidak dan pastikan ianya dicatat
Jom kita baca ape kata mereka:
drzubaidi
kenyataan media dari KKM
So pilihan ditangan anda... buat laa keputusan yang bijak.
No comments:
Post a Comment