Tuesday, July 30, 2013

3 Faktor Bisnes Startup Gagal & Rugi Besar


Bisnes startup adalah gelaran untuk pengusaha bisnes yang masih segar bugar.

Ramai yang teruja dengan konsep startup ini.

Berdasarkan kajian daripada Entrepreneur, majoriti bisnes startup mengalami kerugian yang besar.

Ada 3 faktor utama kenapa perkara ini berlaku.

………..
Faktor pertama? Tidak bertanya soalan cepumas.
………..

Dalam bisnes, ada satu soalan cepumas yang dapat validate atau membantu kita mengenal pasti potensi bisnes untuk jangka masa panjang.

Soalan itu adalah,

"Siapa akan beli produk atau servis aku?"

Jika tiada jawapan yang baik untuk soalan di atas, maka bisnes itu berpotensi untuk bankrap dan terkubur.

Asas bisnes adalah: Siapa pelanggan kita?

………..
Faktor kedua? Paying customers.
………..

"Unless you can get paying customers, you are probably going to die."

Kita diperkenalkan dengan pelbagai teknik pemasaran seperti:

[+] Permission marketing.

[+] Freemium marketing.

Teknik pemasaran seperti ini penting. Namun penting lagi untuk kita mempunyai kemahiran mendapatkan pelanggan yang bagi duit.

Dalam Bahasa Inggerisnya: Paying customers.

Paying customers adalah pelanggan yang bagi duit, dan menyelamatkan bisnes kita supaya terus hidup dan untung.

………..
Faktor ketiga? Berlari seorang diri.
………..

Berjemaah.

Bergerak seorang diri adalah sukar dan mencabar. Apabila bergerak seorang diri, kita tidak mempunyai support system (bantuan sokongan) yang kukuh.

Apabila support system lemah, maka estim atau semangat diri juga turut lemah sama.

Sekaligus menjadikan bisnes startup itu kecundang.

Untuk bina perniagaan jangka masa panjang, kuantiti pengasas bersama disarankan dua orang buat permulaan.

Ini tidak termasuk angel investor atau venture capitalist (VC).

Kemudian, penting untuk bisnes-bisnes startup ini menguasai skrip jualan berpengaruh, bagi memastikan pelanggan seronok bagi duit ke dalam akaun bank bisnes.

===
Mahu Belajar Skrip Jualan Berpengaruh?
===

Skrip jualan berpengaruh adalah kemampuan untuk menulis perkataan yang:

1) Membuatkan pelanggan suka.

2) Membuatkan pelanggan faham.

3) Membuatkan pelanggan teruja untuk bagi duit kepada kita.

Credit to aqifazizandotcom

No comments:

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...