Bebanan dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. 
Kami 'yang menurut printah' ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak 
pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. 
Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah
 kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta. 
Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, 
guru ini menghantar kedua2 anaknya yg masing2 berumur 4 dan 3 Thn. 
tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala 
si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek 
kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak 
menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di 
bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus 
MESYUARAT .
Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta 
belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah 
ank patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah 
bergegas dr p.pinang balik ke Subang Jaya. Hari ini arwah masih belum 
dibuat postmoterm dan tak dibenarkan keluar dari rumah mayat kerana 
ibunya tak benarkan postmoterm ke atas anaknya.
Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua...Jgn 
tinggalkan anak2 kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan
 tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita 
hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan 
menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah 
kepada arwah yang akhirnya boleh dibawa balik dan disembahyangkan 
selepas solat jumaat ini nanti. (semalam). Dipetik dari sumber
Ya allah sangat sedih baca kisah nie... yang paling sedih  tang anak patung basah tu.... menitik-nitik air mata baca... cerita nie dah lama tapi baru sibuk nak baca... 
Saya doakan keluarga nie tabah menghadapi dugaan..... kesian si ibu... macam mane perasaan masa dia tengok anak dah kaku di belakang... adakah ibu sahaja yang bersalah ayah nye bagaimana.... pleaseeee laaaaaaaaaaaaaaaaaaa wahai semua suami ayah bapak tolong tolong laaaaaaaaaaaa ringan ringankan tangan untuk tolong isteri.... tolong redakan stress isteri...
Isteri-isteri yang banyak sangat stresss pleaseeee laaa bebanyak laaa dekatkan diri dengan allah....
Time baca nie teringgat kat balqis.... 


No comments:
Post a Comment