Thursday, July 25, 2013

Pengikut Setia Blog DR.Harlina

Saya pengikut tegar blog Dr.Harlina... suke sangat blog dia...simple tapi menarik sangat... yang paling menarik dalam blog Dr ialah model dia...Bella... sangat cute cam balqis... saya beli aminaa pun info dari blog Dr.Harlina... yang paling terbaru nie pasal http://doktorbudak.com/.
Kawan-kawan clik like untuk fb Doktorbudak.com 
Banyak info kesihatan berkaitan dengan kanak-kanak...setakat ini ada 13 doktor paediatric yang berkerja dihospital kerajaan dan swasta yang menyumbang kepakaran mereka di dalam menjayakan Doktorbudak.com.... Blog ini dibuat pun sebab ramai kanak-kanak yang sakit bile sampai ke hospital sudah dalam keadaan yang sangat teruk... perkara ini terjadi kerana ramai ibu bapa yang lebih mudah untuk mendapatkan nasihat dengan rakan-rakan..ahli keluarga dan di intenet untuk mendapatkan info berkenaan penyakit anak mereka... saya pun sama ... yang tak tentu lagi boleh pakai atau tidak fakta nya... so Dr Zahilah rasa terpanggil untuk membuat blog bagi tujuan free consultation untuk kita semua... saya nak ucapkan taniah dan terima kasih setinggi terima kasih sebab doktor nie semua sanggup buat free online untuk khidmat nasihat berkenaan kanak-kanak...
Kekadang kita pergi hospital pun tidak tentu lagi dapat nasihat-nasihat tambahan dari doktor... sekarang nie susah nak jumpa doktor yang ringan mulut untuk nak bagi khidmat nasihat tentang penyakit yang kita hadapi... kekadang kita tanya pun dia nak tak nak jawabkan...

No comments:

Hari Raya 2019

Ini budak nama dia Nur Zalfha Umairah baru berusia 2 tahun 5 bulan... Nak di jadi kan cerita malam raya 2019 dia jatuh sofa yang tak brap...